AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 14 November 2011

KAMI 1st GA

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://wanznoen.blogspot.com


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan.


Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)


Bismillah pembuka kata
Buat semua para pembaca
Entri kucipta ku gubah jua
Demi memeriahkan pertandingan yang ada
Sudi kiralah rakan semua
Memeriahkan pertandingan ini bersama
http://wanznoen.blogspot.com/ itulah penganjurnya
http://mamalyaboutique.blogspot.com/ pula ialah blogshopnya
18 November tarikh akhirnya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera!



Punai hinggap di atas dahan
Sambil melihat si burung enggang
Inilah dia beg pilihan
Siang malam asyik terkenang..:)


Anak nelayan memasang bubu
Memasang bubu di hujung muara
Pelbagai kegunaan beg buat si ibu
Di bahu selesa disandang ia.


Bakul dibawa oleh si nyonya
Untuk diisi si daun kari
Simple dan kemas pelbagai kegunaannya 
Ciri idaman yang lama ku cari..:)


Kasih dan sayang kini bersemi
Cinta Uda pada Dara tak lupa
Pilihan dibuat bersama suami
Citarasa kami berdua memang serupa..:)
Bermain berkejaran sekawan itik
Puas bermain perutnya lapar
Diriku jua seorang pendidik
Perlu beg membawa alat bantu mengajar.

Cantik sungguh si rama-rama
Terbang hinggap ke pohon duku
Beg itu juga boleh dikongsi bersama
Untuk digunakan oleh anak daraku.



Pelbagai pilihan jahitan tersedia
Pasti pelanggan akan teruja
Melihat hasil dari Mama Alya kita...:)

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga digabungkan
Jahitannya kemas sungguh menawan..:)

\

Pelbagai tempahan boleh dibuat
Harga juga amat berpatutan pastinya
Pelanggan tentu berpuashati bila melihat
Kemas dan berkualiti hasil jahitannya.


Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat hasil yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Namun banyak lagi pilihan yang ada
Kalau tak percaya ke  mamAlya boutique segera...


Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua.

 
Banyak lagi barang jahitannya
Aneka saiz, bentuk dan kegunaannya
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)

Ku sediakan juga bagaimana cara
Untuk melihat koleksi Mama Alya kita.
Klik sahaja FB yang tertera
Mama Alya menanti dengan hati yang gembira.


Ku sediakan juga info tentangnya
Moga-moga membantu hendaknya
Dalam mengembangkan perniagaan Mama Alya.
Bisnes maju pelanggan bertambah hendaknya.


Bagi sesiapa yang ingin menghubunginya
Zaman sekarang senang sahaja
Melalui SMS dan telefon juga
Berhubung melalui alam maya.

Syarat dan peraturan ku lampirkan jua
Buat pembaca sebagai rujukan
Sebagai tindakan dan persediaan pastinya
Moga dapat info yang diperlukan.



Kini kau terus mengorak langkah
 terus mendaki hingga ke puncak
dugaan dan cabaran kau tempuh jua
demi merealisasikan sebuah cecita
selok belok perniagaan terus kau selongkari...

Majulah..
 teruslah melangkah ke depan
dengan semangat sebagai pembakar
dengan sokongan sebagai penguat
dengan usaha sebagai pemula
dengan yakin untuk terus melangkah
dengan doa mencari barakah
moga impian tidak selamanya mimpi
moga realiti itu yang pasti...

Kami sahabatmu ini
terus berdoa pada Ilahi
moga perniagaanmu maju sentiasa
moga usaha tiada padamnya
moga keringat sianya tiada
namun andai sesekali ombak melanda
jangan terus berpatah semula
rancang strategi kumpulkan kudrat
idea dijana semangat diiring
bangkit kembali mencari arah
untuk terus melangkah ke depan...

Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga diriku beroleh kemenangan
Beg cantik yang kini kuidamkan
Harap impian jadi kenyataan..:)




3 comments:

NoEn said...

tq sebab sudi join GA kami yg tak seberapa ni..

terharu dgn entri k.nida..

All the best :D

Nida said...

Moga ada rezeki buat kami... ameeeennn

@LeenShamsh said...

wah kak nida bestlah akak..patut noen terharu ;)

My Blog List