AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 25 July 2011

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET

Klik header di atas untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://www.adybudika.com/


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Dari Phuket hadiah didatangkan
Sungguh menarik dan juga menawan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah meramaikan kenalan..:)



FRIDAY, JUNE 5, 2009


FRIDAY, JUNE 5, 2009

SYAIR YANG BELUM SUDAH

bukannya mudah menjadi pujangga...
menulis...kisah cinta yang terindah
kau lah dewi hati
kujadikan syair ini
dan kau lah
kasih taj mahal ku

rasa rinduku bagaikan bunga
syairnya...lembut bagaikan sutera
ku halusi kata agar engkau merasakan
belaian cinta dirembulan

syair ini
pena ini
tak berdaya lagi
dan terhenti tak bererti
telah kau nodai
aku tak mengerti

syair cinta indah belum sudah
kau tinggalkan ku pergi
syair cinta pujangga berdarah
penaku terisi...airmata

YA...PENAKU TERISI AIR MATA.....
 
Entah mengapa hati ini sayu membaca madah yang tertinta, seakan mengerti apa yang tersirat dibenak rasa. Luahan perasaan yang ditulis dalam bait-bait yang begitu indah sekali, menyebabkan hatiku tertarik pada bunga bahasa yang tertinta. Terus terang Kak Nida nyatakan bahawa Kak Nida suka pada entri yang dipenuhi dengan penggunaan bahasa-bahasa yang indah... metafora yang pelbagai kerana disinilah dapat menunjukkan betapa indahnya bahasa kita.


Tag:

Fieda
Nisa'
Nana
Inta Berlian
Nanakimie

No comments:

My Blog List