AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 28 August 2011

2nd Giveaway by Misz Wanny


Klik header di atas untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Pasti Wanny gembira sakan
Melihat GAnya dapat sambutan
Disamping boleh juga kita berkenalan
Menambah kenalan dalam kehidupan...:)


PERATURAN

1)Buat entry pasal GA ni n komen apepon  pasal blog Miss Wanny nie k!!

2)Follow blog berikut==>http://deyawanny.blogspot.com

3)Like page nie--->http://www.facebook.com/pages/Deyawannyblogspot/160216124049930(extra mark)
4)Follow blog ni(Kalau rasa rajin laa)

5)sudah selesai??Komen kat entry bwah nie ye..letak nama FB atau nama betul n Url entry korang


HADIAh LUMAYAN

1)Sebuah novel cinta karya penulis termasyur..(tajuk rahsia)
2)2 Tiket ke taman Tema Air Terbesar di Malaysia
3)Novel Remaja
4)Buku komik(baru beli)
5)free header comey dr Nadhirah Izzati
5)Diskaun 10% di Cute Keychain


create your own banner at mybannermaker.com!

Namanya Wanny empunya gerangan
Orangnya cantik manis senyuman
Ceria hidupnya dan suka berkawan..:)

Seorang pelajar yang mengejar ilmu
Teruslah berjuang janganlah jemu
Insya Allah kejayaan akan kau temu
Usaha dan doa diamal selalu:)

Dalam kita mengejar cecita
Usaha dan doa perlu bersama
Rajin dan tekun itu yang utama
Kepada Ilahi doa tak lupa..:)

Kak Nida doakan moga Wanny berjaya
Tercapai segala azam dan cecita
Namun andai dugaan menimpa
Tabah dan sabar dan perlulah redha..:)

Pantang berundur sebelum berjuang
Andai jatuh bangkitlah wahai pejuang
Susun strategi, akal sebagai tunjang
Teruslah melangkah di medan juang..:)










Blog Wanny kemas susun atur gadgetnya.
Warna hitam, putih dan merah yang melatari sangat cantik dipandang mata, ditambah corak jalur yang nampak elegan.

Blog Wanny punya header yang cantik  dan tulisan "Islamic World, Iman + takwa = bahagia" bahasa yang tertera sangat indah sekali, semoga blog Wanny berjaya menjadi wadah dalam mengembangkan agama Islam... Insya Allah.

Header Wanny yang cantik dan dihiasi dengan "ladybirds" sebagai perantara amat memikat pandangan mata pembaca , secara tak langsung menarik pembaca untuk membaca blog Wanny dan mengenali Wanny  dengan lebih dekat.


Kak Nida suka olahan dan susun atur blog Wanny, kemas, simple, ringan dan memudahkan untuk "loading". Ladybirds yang ada menambah seri dan ianya sangat sesuai dengan usia remaja Wanny... ia sunggut cute..:)

Gadget follower yang diletakkan di bahagian atas sekali amat berkesan dan sangat sesuai bagi memudahkan pembaca untuk menjadi "follower" blog Wanny.


Seperkara lagi yang Kak Nida suka apabila ada himpunan page link di atas blog... memudahkan pembaca untuk klik dan turut tersedia ruangan iklan perniagaan Wanny ( S&B Acar Buah), cara ini memudahkan pelanggan untuk melihat apa yang di tawarkan di blog Wanny ..:)




Ruangan Exchange Banner sangat-sangat bagus  bagi mereka yang ingin  mengenali Blog Wanny dengan lebih dekat... Kak Nida suka idea ini.

create your own banner at mybannermaker.com!

Ruangan Feedjit yang diletakkan juga merupakan idea yang bernas, namun pendapat Kak Nida seandainya Wanny dapat memendekkan sedikit panjang Feedjit tersebut,  mungkin dari 10 visitors kepada 5 atau 7 sahaja.


Kak Nida juga sangat suka pada dendangan muzik dalam blog Wanny, ia merupakan sebagai halwa telinga kepada pembaca. Namun cadangan Kak Nida, mungkin sudah memadai seandainya Wanny hanya meletak satu sahaja gadget muzik.


Kak Nida juga cadangkan andai lebar (width) ruangan entri blog Wanny dapat diperlebarkan sedikit, agar gambar yang bakal di "upload" kelak dapat diperbesarkan secara maksimum. Ini mungkin secara tidak langsung dapat menarik minat pembaca untuk melihat gambar yang di"upload" dan content yang ditulis.


Kak Nida juga amat kagum dengan usaha Wanny dalam berkongsi ilmu dan maklumat terutamanya dalam sudut agama. Moga-moga usaha dakwah yang dibuat ini dapat dihayati dan dikongsi bersama pembaca. Terima kasih Kak Nida ucapkan atas info-info yang diberi.


Kak Nida juga amat tertarik pada tips-tips yang diberikan dan dikongsi dalam entri Wanny, moga-moga ia dapat dijadikan sumber rujukan bagi mereka yang memerlukannya.. Insya Allah. Terima kasih juga Kak Nida ucapkan atas ilmu yang dikongsi ini.



Sebelum Kak Nida menutup madah
Kusertakan kad pengganti diri
Lebaran tiba membawa kenangan indah
Gembira dan ceria di Aidilfitri.


Sekian sahaja entriku persembahkan
Pendapat dan pandangan Kak Nida berikan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Moga ukhuwah dibina berpanjangan..:)



Tag:


No comments:

My Blog List