AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 8 August 2011

3rd GA Mummy Danny!!!!! HandBag Raya Beb!!!

Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Hadiah menawan menjadi buruan 
Moga diriku beroleh kemenangan..:)




Persiapan Menyambut Syawal


Ingatan Buat Yang Tiada


Riang Ria Di AidilFitri


Keluarga Bahagia Di Hari Raya


Kemaafan Dendam Yang Terindah


One Big Family


Lagu berkumandang memeriah suasana
Semua menyanyi mengikut iramanya
Sudah menjadi adat dan budaya
Lagu diputar penambah ceria



HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )


HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )







Antara gambar kenangan Hari Raya bersama arwah abah,
ketika ini aku (duduk paling kanan) baru berusia tujuh tahun

1 Syawal 1425H (14 November 2004)

Hari Raya pada tahun ini tidak sama seperti hari raya sebelumnya, tanah kubur abah masih merah lagi, perginya hanya lagi beberapa hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri, kesedihan dan  tangisan ini masih berterusan membasahi pipi kami sekeluarga. Perginya abah tiada tanda sakit pada dirinya, perginya secara tiba-tiba kerana serangan jantung. 

Kalau sebelum ini abahlah insan  pertama yang akan bangun seawal subuh lagi dan mengejutkan kami semua, dan abahlah yang akan memacakkan buluh di tanah untuk menggantung pelita, membeli bunga api untuk adik-adikku dan cucu-cucunya bermain, kini malam Raya kami tidak seceria dahulu lagi, tiada lagi senda gurau dari atuk buat cucu-cucunya.

Mereka masih kecil untuk mengerti hakikat kehilangan insan yang tersayang.

Pagi itu kami bangun seperti biasa, kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa tertawa riang menggayakan baju baru mereka. Emak sugul duduk di sofa, matanya merenung jauh, pasti dia terbayangkan abah yang telah tiada. Mukanya menampakkan keletihan kerana terlalu banyak menangis. Adikku Aisyah anak istimewa kurniaan Allah (down syndrome) yang ketika itu baru berumur 9 tahun tidak putus-putus bertanya tentang abah “mak, abah ane (mana)”, emak hanya diam membisu. Kami adik beradik terus menangis kerana tak sanggup mendengar soalan dari Aisyah, insan yang dijanjikan syurga untuknya.

Kami menyayangimu Aisyah

Satu peristiwa yang aku masih ingat sampai saat ini, iaitu ketika aku membuka almari untuk mengambil baju suamiku, aku telah tercapai baju Melayu abah yang sepatutnya abah pakai pada pagi itu, aku terus terduduk di katil, airmata semakin lebat turun, emak terpandang baju itu dan terus esak tangisnya menjadi semakin kuat, sepatutnya emak dan abah memakai baju berwarna biru sedondon pada pagi Hari Raya itu. 

Aku sedar aku tidak boleh melayan perasaan, aku perlu kuat demi adik-adik dan demi emak yang masih tidak dapat menerima keadaan, ku kesat airmata ini, ku cuba ukirkan senyuman walau pada hakikatnya hatiku sangat pilu, aku kasihan melihat Aisyah, adik bongsuku Fikhrie, anak-anakku dan anak-anak saudaraku yang tidak mengerti apa-apa dan sepatutnya Hari Raya ini disambut meriah oleh mereka. Ku panggil semua adik-adik, dan kami memulakan acara bersalaman dan bermaafan seperti mana setiap tahun.

Mak, kesatlah airmatamu.. kami anak-anakmu akan
membahagiakan dirimu dan itulah janji kami padamu.
Kami sayang emak, derita emak derita juga bagi kami :(

Ampunkalah segala dosa-dosa kami padamu,
halalkanlah setiap titis susu yang mengalir dalam darah kami.

Selepas kami bersalaman dan bermaafan di pagi raya, kami terus menuju ke kubur abah. Adik keempatku mengetuai bacaan Yasin, suasana pilu terus menyelubungi. Adikku Aisyah tidak putus-putus mencium batu nesan abah, “mak abah ane(mana)” diulangnya lagi soalan yang sama, "abah pergi jauh" balasku agar ia tahu bahawa abah tidak akan pulang kembali. 

Hari Raya yang dilalui kini tidak sama seperti dahulu, walaupun sudah tujuh tahun peristiwa berlalu dan setiap kali lebaran tiba, mak pasti teringat pada abah “Kalau abah ada mesti meriah” ayat yang kerap mak luahkan pada kami.

Damailah dirimu di sana.... suatu hari nanti kami jua akan menyusul.
Al-Fatihah buat insan tersayang, Muhammadon bin Juhari.


September 2010

Pada tahun lepas, ketika sudah seminggu umat Islam meraikan Aidilfitri, selepas seharian beraya kami sekeluarga singgah sebentar di sebuah gerai makan. Sedang leka menunggu makanan tiba, tiba-tiba kami terdengar lagu "Oh Dimana" nyanyian kumpulan Dlloyd berkumandang, ku lihat wajah emak mula merah menahan kesedihan kerana lagu ini amat sinonim dengan abah. Lagu inilah yang selalu abah nyanyi ketika masih muda hinggalah sebelum ajalnya tiba, lagu inilah yang selalu abah tujukan buat emak. Akhirnya emak tewas, airmatanya jatuh jua. Hingga ke hari ini, lagu ini meninggalkan trauma buat kami, setiap kali kami sekeluarga mendengarnya, pasti terbayang wajah abah di depan mata... :'(


Arwah abah seorang guru besar, namun beliau tidak pernah menganggap dirinya sebagai "boss", semua staff amat menyenanginya. Beliau suka ke laut mencari ikan bersama rakan-rakan nelayannya, beliau suka ke hutan pergi memburu dengan rakan-rakan pemburunya, beliau berkawan dengan semua lapisan masyarakat. Malah ketika abah telah tiada, apabila kami beraya di rumah rakan abah yang merupakan seorang tukang kebun di sekolahnya dulu,  rakannya pasti menangis "Takde guru besar yang sebaik abah kau Along, tak pernah anggap kami sebagai orang bawahan". Tukang kebun inilah yang selalu diajaknya memburu, tukang kantin sekolahnyalah yang selalu diajaknya ngeteh di luar, kerani di sekolahnyalah yang selalu diajaknya ke laut menjala ikan, guru-guru di sekolahnyalah yang diajaknya bersukan... abah terlalu istimewa.

Abah duduk di tengah



Kad raya sebagai ingatan
Mengikat ukhuwah dan juga persaudaraan
Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita serasikan.





(Sumber resipi dari sini)



Bahan-bahan ( hasil lebih kurang 80 biji )

  1. 500 g tepung gandum
  2. 1/2 tin kecil minyak sapi...apa2 brand pun boleh
  3. marjerin secukupnya
  4. INTI:
  5. 200 g kacang tanah
  6. gula pasir secukup rasa
  7. gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih

Cara-cara
  1. tepung gandum disangrai, sejukkan pas tu diayak.
  2. masukkan kesemua minyak sapi, gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
  3. masukkan marjerin sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. bulatkan atau bujurkan dan pas tu isi inti. bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
  5. dah masak, golekkan atas gula aising
  6. cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.



Biskut Makmur kuih tradisi
Sangat sedap dan enak sekali
Bersalut gula di luar kuihnya
Kacang pula di dalam intinya..:)

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Dapat hadiah berkenan di hati
Boleh ku gaya di Aidilfitri..:)



No comments:

My Blog List