Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://www.mohamadazhan.com/
CORETAN SETAHUN YANG DAHULU
"Semalam semasa dalam kelas English, kami ada berbincang mengenai pentadbiran baru Amerika di bawah pemimpin Barack Obama... nampaknya kawan-kawan aku dari negara berbeza memberi respon yang sangat positif terhadap cara pemerintahan Obama terutama bila menyentuh isu di Iraq, salah seorang kawanku dari Switzerland berkata "hope this war will finish soon and back to normal again with no violence", cikgu kelas aku pun harap agar rakyat Iraq dapat hidup aman seperti dahulu. Kagum juga aku melihat manusia yang berlainan agama dengan kita tapi jauh disudut hati mereka menyokong agar Iraq bebas, tidak terus dikongkong oleh rakyat AmerikA, jadi ketika aku sampai di rumah, aku termenung seketika....terkesima dengan kejadian tadi..mereka juga sama dengan kita, mengharapkan agar umat Islam di Iraq mengecapi kemerdekaan dan kebebasan di tanah air sendiri.
Sajak ini ku tulis dengan linangan airmata, tidak tertahan melihat saudara seagama dirobek dan diratah oleh tangan-tangan durjana.. Al-Fatihah buat mereka yang terkorban."
CORETAN PADA HARI INI (29 ogos 2011)
Sajak ini juga ku gunakan bagi menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh mohamadazhan.com. Semoga sajak ini dapat direnung bersama, dan semoga ia menimbulkan rasa bersyukur dan keinsafan di hati pembaca.. Insya Allah.
Kau berjaya mencipta retorik palsu
atas nama keamanan kononnya
Kau akui dirimu polis dunia lagaknya
Nah! Lihatlah penjara ciptaanmu
tiada sekelumit perikemanusiaan
tiada sekilas belas
Angkuh USA mendabik dada
mana payung perlindunganmu?
kronimu lembu dicucuk hidung ibaratnya
persis pemimpin yang buta hatinya
mengapa hipokrasimu terus dibela?
Ku titip madah dengan linangan airmata
bersama sudut hati yang murka dan luka
ingin sekali ku lontarkan suara
Biarkan Iraq bebas! Biarkan Iraq bebas!
Jangan kau terus menabur seksa pada Umat Muhammad
membina konflik dicelah fahaman berbeza
mereka sudah lama berdendang nyanyian derita
ditakluk wajah-wajah Syaitan dunia
ditawan, dihenyak di bumi sendiri
Tidurnya diulit dentuman bom dan mortar
bersama paluan jeritan hiba
Kota Iraq berubah wajah
bermandi darah dan airmata.
Terpenanya warkah ini buat menitis rasa
pada saudara dirundung kesengsaraan
kesatlah airmatamu rakyat di bumi Iraq
bangkitkan semangat pada jiwa anak-anak
bangunkan Islam kembali!
bersama iringan doa kami saudaramu
moga damai menjengah tiba.
1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi bermesejdan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)
2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajukentri "Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)
3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.
4. Tag 3 orang kenalan blog
5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011 (dilanjutkan hingga 31 Ogos 2011)
5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011 (dilanjutkan hingga 31 Ogos 2011)
Kehakiman
1. Peringkat Saringan: Saya akan memilih 20 puisi yang terbaik daripada semua puisi.
2. Peringkat Akhir: 3 panel pemilih akan dirujuk iaitu para pensyarah saya dalam bidang Kesusteraan Melayu untuk menilai 3 puisi yang terbaik untuk ditabalkan pemenang.
Hadiah
Hadiah
1. Novel Sastera Melayu yang diiktiraf kepada 3 pemenang utama (Tajaan Blogger WARNA DAN AKU)
3. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 3 pemenang utama
4. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 5 puisi yang bertuah
1 comment:
salam kak nida, mohon maaf kerana terlepas pandang, terima kasih atas penyertaan dan pemberitahuan =)
Post a Comment