AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 21 August 2011

FIRST GIVEAWAY BY CIK ILAGULA

Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Bersama memeriahkan lagi pertandingan
Hadiah Pashmina menjadi buruan
Paling best warna boleh dibuat pilihan
Apalagi jangan ketinggalan
Disamping itu boleh juga berkenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan
Pasti Ila Syamila gembira menantikan
Bertambah sahabatnya dan juga rakan.




Merah jambu melatari blognya
Ila Syamila empunya tuannya
http://ilagula.blogspot.com/ link blognya
kemas sungguh susun atur gadgetnya
sungguh memikat pembaca adanya
pelbagai info juga ada diselitnya
disamping kisah pada hidupnya
bakal dentist masa depannya...:)


Pelajar UM kini dirinya
Manis senyuman ceria orangnya
Dari Segamat asal dirinya
Seorang pelajar yang mengejar cecitanya.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat Ila yang manis orangnya
Entri ku gubah madah selingan
Khas ku tuju buat Ila tentunya :)





Guru itulah kerjayaku
Setiap fesyenku menjadi bualan anak muridku
Diriku perlulah bergaya selalu
Agar bersemangat anak murid nak masuk kelasku..:)



Pashmina kini menjadi kegemaranku
Lantaran diriku menjadi pengerusi selalu
Bila pashmina berada di atas kepalaku
Rasa 'confident' di hadapan tetamu..:)



Lagipun ku punya tiga anak dara
Yang kini sudah meningkat dewasa
Sekarang mereka dah pandai melawa 
Barangku adalah barangnya jua..:)


Begitu juga dengan suamiku
Sungguh berkenan andai pashmina ku pakai selalu
"Nampak anggun" begitulah ucapannya padaku
Pemakaian pashmina pun senang sudahlah tentu..:)



Inilah sebab dan juga alasan
Mengapa ku ingin beroleh kemenangan
Pashmina cantik sungguh menawan
Terpikat hatiku menjadi idaman..:)






[283006_1897169477869_1500576010_31538390_893710_n.jpg]

Pada Ila Syamila Kak Nida doakan
Moga berjaya dalam segala lapangan
Tabah dan sabar dalam menempuhi ujian
Harap tercapai segala impian
Usaha dan doa perlu beriringan
Insya Allah pasti kau temui kejayaan
Namun andai tersurat kegagalan
Pasti ada hikmah di depan
Jangan sedih dan juga rawan

1 comment:

ILA SYAMILA ♥♥ said...

thanks join kak nida. teharu tengok entri kak nida mcm ni wuwuwu.

My Blog List