AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 24 August 2011

Giveaway Mesra Idea


Klik banner runtuk sertai.

Ayuh semua rakan dan taulan
Bersama memeriahkan lagi pertandingan
RM50 menjadi habuan
Moga berjaya daku dapatkan
Buat rezeki keluarga kesayangan
Sempena menyambut Hari Lebaran..:)






Motosikal yang tidak menggunakan minyak petrol sebagai bahan api dan boleh dilipat serta ringan.

 Kita semua sedia maklum bahawa minyak petrol sekarang harganya semakin melambung tinggi disamping ia merupakan sumber bahan mentah yang tidak boleh diperbaharui, jadi aku amat mengharapkan agar motosikal tanpa penggunaan bahan api untuk bergerak boleh direka. Disamping itu peningkatan jumlah penduduk dunia semakin meningkat, jadi kawasan lapang juga semakin berkurangan. Lihat sahajalah di kawasan bandar, amat payah untuk mencari tempat 'parking' kereta atau kenderaan, jadi andai impianku ini menjadi kenyataan  iaitu terciptanya motosikal yang ringan dan boleh dilipat-lipat ini pasti "parking" bukan masalah lagi kerana ianya boleh terus kita bawa masuk ke pejabat dan secara tidak langsung masalah kecurian kenderaan dapat dikurangkan, kesesakan lalulintas juga dapat diatasi dan paling penting pencemaran alam juga dapat dikurangkan..:)


Jam yang ada fungsi tv, komputer dan internet.

Aku ni jenis suka duduk dalam kereta andai cik suami pergi berbelanja barang dapur, sebabnya kalau aku berbelanja pasti barang yang tidak sepatutnya dibeli akan dibeli..hehe. Kemudian kalau aku ikut mesti anak-anak pun nak ikut, jadi mesti terover budget dengan barang-barang yang mereka minta.

Jadi andai ada jam ini, mesti masa menunggu bukan satu mimpi buruk lagi, penantian itu bukan satu penyeksaan lagi kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dengan jam ini. Melaluinya kita boleh menonton rancangan kegemaran walau dimana sahaja kita berada (jadi takdelah ter'missed' rancangan kegemaran), kita boleh berchatting atau berblog, boleh lihat masa pukul berapa, boleh menaip surat atau menyudahkan kerja yang tak siap, anak-anak pun tiadalah bergaduh sebab masing-masing dah ada aktiviti sendiri. Uniknya impian aku ini kerana ia adalah jam, jadi sudah pasti ia ringan, mudah dibawa ke mana sahaja, dan susah nak hilang sebab sentiasa terlekat di tangan (kalau handphone mudah lupa letak atau tercicir) dan sesuai untuk anak-anak juga..:)


Mesin masa yang boleh undur masa.

Andailah ianya wujud, perkara pertama yang aku nak lakukan ialah ketika saat arwah abah mengadap Ilahi. Sampai sekarang aku terkilan kerana tidak sempat berada di sisi abah ketika saatnya menghembuskan nafas yang terakhir...:(

Melalui mesin ini juga aku nak undur masa dan perbetulkan mana yang tidak betul seperti berlakunya peperangan dunia, aku nak supaya peperangan itu tak sepatutnya berlaku dan negara yang bertelagah berdamai semula. Melalui mesin ini juga aku nak undur ke saat aku wakil jabatanku dalam pertandingan pantun suatu masa dahulu, ketika itu pasukan kami yang diletakkan harapan tinggi untuk menang disqualified kerana lewat 10 minit ke tempat pertandingan (sebabnya tiba-tiba jalan sesak kerana ada berlaku kemalangan di hadapan), jadi kalau aku dapat undurkan masa pasti aku akan keluar sejam awal untuk ke sana :).


Sekian sahaja entriku ini
Inilah impian dan harapan dariku
Moga ada rezeki buat kami
Dapat hadiah menawan kalbu.

Tag:



No comments:

My Blog List