AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 9 August 2011

Izinkan Aku Menangis


Kata orang menangis pada waktu bulan puasa makruh hukumnya, tapi bila airmata ini sudah tidak tertahan untuk tumpah.. pasti ia akan tumpah juga..

Wahai blog, kala ini aku begitu sedih, terkilan dan macam-macam perasaan lagi walaupun tidak sepatutnya aku mempunyai perasaan begitu... Namun ku hanya insan biasa, adakala perasaan sedih pasti akan datang bertamu.

Ku harap buat penganjur di luar sana, tolonglah pastikan agar setiap syarat pertandingan itu betul-betul diikuti oleh peserta, jangan kerana kesilapan kecil satu hati akan kecewa.

Sekadar meluahkan apa yang patut kerana blog ini umpama diari perasaanku dikala perlu. Maaf andai ada yang tersinggung, sekadar ingatan dan pesanan buat semua.

Ya Allah, aku bersyukur atas rezeki yang Kau limpahkan kepadaku, atas segala nikmat yang telah Kau berikan, terima kasih ya Allah. Moga aku tidak menjadi insan yang kufur akan nikmatNya....

No comments:

My Blog List