AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 15 August 2011

Sweettwinz 1st GiveAway: 2nd Round

Klik banner untuk sertai



Ayuh semua rakan dan taulan 
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Hadiah lumayan jadi habuan
Moga diriku beroleh kemenangan




cute kan gambar Chocolate Cake Box kat atas nie...sbb apa Sweettwinz guna gambar cake box nie??? ce teka ce teka...hehe...mesti la sbb nk kasi kt pengunjung yg bertuah...best kan..best kan...^_~

hadiah lain pon ada gak...


sapa nak? sapa nak?...^^,


http://sweettwinz.blogspot.com/



tarikh GA berlansung:


1st week: 08/08/2011 - 14/08/2011
2nd week: 15/08/2011 - 21/08/2011
3rd week: 22/08/2011 - 28/08/2011
4th week: 29/08/2011 - 04/09/2011


Di http://sweettwinz.blogspot.com/ pelbagai pilihan
Rambang mata apabila melihatkan
Pelbagai warna dan bentuk digayakan
Semuanya cantik buat pelanggan tertawan
Kemas buatannya indah ciptaan
Sungguh kreatif empunya gerangan
Hana itulah gelaran
Wanita gigih sebagai teladan


Harganya pasti menawan semua
Kalau tak percaya ayuhlah ke sana
Ku yakin pasti pelanggan tergoda
Melihat hasil dari Hana kita
Boleh juga dibuat cenderamata
Dan juga kegunaan sendiri tentunya
Pasti penerima riang teruja
Dapat hadiah yang terpaut di mata


Hana empunya nama
Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di  http://sweettwinz.blogspot.com/ ayuh berbelanja
Pilih sahaja yang mana suka
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka
Ini pujian ikhlas di dada
Buat Hana yang kreatif orangnya
Kagum diriku melihat bakatnya
Anugerah Ilahi yang tiada ternilai harganya..


Andai anda sudah tergoda
Apalagi ayuh hubunginya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai pilihan pelbagai cara
melalui blog dan FB juga
Insya Allah Hana berlapang dada
Melayan pelanggan dengan hati terbuka
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya
Bisnes maju rakan pun bertambah adanya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera



Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali apa yang ada
Tapi banyak lagi pilihan di mata
Ini cuma sebahagian sahaja
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Sunggul comel, kemas tidak terkira
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...





Semuanya cantik memikat mata
Pasti pelanggan geram teruja
Melihat barangan di depan mata
Comel, cute semuanya ada..:)


Sekian sahaja entriku ini
Buat Hana ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga Hana dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)


Sekian sahaja entri kupersembahkan
Moga buat Hana tertawan
Harap-harap ada kemenangan 
Impian di hati menjadi kenyataan...:)

Tag buat:
                http://candysugarsweet.blogspot.com/

No comments:

My Blog List