AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday 15 September 2011

Anniversary Giveaway AzatieSayang.

Klik banner untuk sertai.



Kucipta madah buatmu Kak Atie
Moga-moga ada rezeki
Harap impian menjadi realiti
Selamat ulangtahun perkahwinan ucapan ku ini :)



Usia perkahwinannya sudah menjangkau 16 tahun. Dalam enam belas tahun mengemudi bahtera perkahwinan, pasti pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi.... tahniah buatmu Kak Atie dan suami, lantaran berjaya menempuh badai gelombang dalam mencari rahmat Ilahi untuk sebuah perkahwinan yang abadi..



(HARI INI 9/9...HARI YG TRCATAT KEMAS DILIPATAN MEMORI ATIE & HB,SAAT KAMI DISATUKN PD TARIKH YG SAMA PADA 16 TAHUN YG LEPAS.

SEMOGA KEBAHGIAAN INI AKAN TERUS MENJADI MILIK KAMI,DGN IZIN ALLAH HINGGA KE AKHIR HAYAT.AMIN
DGN KEHADIRAN SEPASANG CAHAYAMATA,PELENGKAP BAHTERA CINTA YG KAMI BINA DGN PENUH KASIH SYG,KESETIAAN & KEIMANAN.)



DOA DARI KAMI SENTIASA MENGIRINGIMU KAK ATIE
 Ya Allah...
Satukanlah hati mereka
di atas kecintaan mereka kepada Mu
Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh
saling menghibur di kala duka
saling mengingat di kala bahagia
saling menyempurnakan ibadat kepada Mu. 
Jadikanlah rumahtangga pasangan ini...
seindah Adam dan Hawa a.s
seindah Ibrahim dan Hajar a.s
sebahagia Yusof dan Zulaikha a.s
dan secuci Muhammad SAW dan Khadijah a.s.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah
serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat 
Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

ameeeennnnnn





Ku titip madah khas buatmu Kak Atie dan juga suami sempena ulang tahun perkahwinanmu...

Adat berumah tangga
pasti ada yang terguris rasa
dalam merencanakan sebuah kehidupan
bukan mudah yang disangka
perlu pengorbanan yang bertakhta
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
perlu sabar dalam meniti
perlu faham segenap segi
Insya Allah bahagia menjelma selamanya..

Ku iring doa buatmu di sana
agar mendapat rahmat yang Esa
agar saling cinta menyintai
agar direstui jalinan yang bersemi
agar tabah hadapi segala
agar bahagia ke hujung nyawa
Insya Allah berkat dunia dan akhirat..ameeeeen





PERMATA HATIKU.



Dialah anak penawar duka
Penghilang resah dikala nestapa
Tawa riangnya pengubat lara
Senyum manisnya melapang dada..


Dialah anak mutiara hati
Pengikat kasih cinta bersemi
Jalinan sayang bersama suami
Penguat rukun rumahtangga abadi..


Dialah anak bukti segala
Benih cinta berkembang adanya
Antara suami dan isteri pastinya
Bersatu kini antara dua jiwa...


Wahai anak-anak dengarlah sini
Pesanan bonda dari lubuk hati
Tuntutlah ilmu kemana pergi
Buat penyuluh dikemudian hari..





Idea ku perah ikhlas bertamu
Sempena dihari berbahagia buatmu
Selamat ulangtahun perkahwinan ucapan untukmu
Dilindungi Ilahi diberkati selalu

Akhir kata dari Nida di sini
Semoga jodoh berkekalan abadi
Dianugerahkan zuriat permata hati
Bahagia dan ceria sentiasa disisi..

Tag Buat:

Zaikulim


1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Nida.Terima kasih join GA k.atie & trharu ngan n3 khas tuk k.atie sempena anniversary.
Mmg Nida nie insan yg penuh kesenian yg dianugerahkn oleh Allah.Alhamdllh.
Good luck ya & Aminnnnnnn atas doanya.

My Blog List