AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 25 September 2011

contest gambar raya paling HOT

Klik banner untuk sertai.


Apa yang 'hot"? Linangan airmata yang membasahi pipimu masih terasa bahangnya sehingga kini... kesedihanmu, kesedihan jua buat anak-anakmu..ibu.


Gambar ini menyentuh perasaanku, meruntun hatiku. Setiap pagi raya, ketika sayup takbir bergema pasti kenangan silam bersama arwah abah bermain di fikiran, dan setiap kali itu jugalah airmata jernih deras membasahi pipimu ibu.. dan inilah bukti betapa agungnya cintamu kepada suami yang telah lama bersemadi di 'sana' .

Ketika ini aku terpaksa kuatkan hati, menceriakan suasana walau pada hakikatnya hatiku luluh melihat keadaanmu wahai ibuku...

Saat kita berpeluk erat
Melihat airmata deras mengalir
Kenangan yang kukuh terpahat
Di pagi raya tanpa abah di sisi..

Di pagi raya memori terlakar
Suasana hiba menggamit rasa
Amat payah dan terlalu sukar
Mengingati yang tiada sayu terasa..

Namun kugagahkan semangat
Menceriakan hidupmu membahagiakan dirimu
Walau hatiku perit yang amat
Melihat dirimu sayu hatiku..


Tag:



Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Gambar Raya paling hot tatapanmu kini
Harap-harap memikat juri.


No comments:

My Blog List