Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Tema raya menjadi pilihan
Moga diriku beroleh kemenangan.
GAMBAR
[gambar yang di 'snap' secara candid oleh adik keduaku...:)]
Menjadi kelaziman pada setiap tahun acara mengacau dodol menjadi rutin keluarga atukku. Setiap anak dan cucu-cucu atukku akan mengambil "nombor" untuk mengacau dodol. Gambar di atas adalah wajah adik iparku yang telah dibuli kerana beliaulah yang paling lama kena kacau dodol..kasihannnnnnn...hehe.
Upacara mengacau dodol ini bergantung kepada jumlah ahli keluarga yang pulang ke kampung, tidak semestinya sebelum Syawal kerana seandainya ramai yang gilirannya pulang beraya sebelah mertua, maka upacara mengacau dodol ini akan ditunda sehingga ramai yang berkumpul (maklumlah jenuh kalau nak kacau seorang). Pada tahun ini dodol dimasak pada hari raya ketiga, bermula dari pukul 4 petang sehingga ke pukul 2 pagi. Setelah dimasak ianya akan diagih-agihkan kepada keluarga yang mengambil bahagian..:).
Memang sangat seronok kerana selain dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama. dodol hasil tangan sendiri biasanya lebih sedap dari yang dibeli (psikologi je tu).
Ini pula gambar tangan si kecil kami Anis (5 tahun) yang aku arahkan untuk susun kuih dalam balang. Tapi biasalah budak-budak, satu dalam balang kemudian satu dalam mulut..hehe. Nak marah tak patut sebab anakku itu bukan buat main pun dengan kuih tu, tak sampai hati nak marah bila lihat anak makan..hehe.
Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga menawan juri
Gambar adik ipar taruhanku ini
Dan tangan si kecil moga mencuit hati
Tag:
Fieda
Nisa'
Aztiesayang
1 comment:
kelakarlah gambar ini..terima kasih sudi join yer
Post a Comment