AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 14 September 2011

contest photo addicted di bulan ramadhan

Klik picture di atas untuk sertai.
emoticon03 mempunyai blog (WAJIB adaemoticon16:face65:)
emoticon03 follow blog ini (supaya senang untuk korang tahu apa yang zahra update tentang contest ini. tak nak follow pun tak apa. tapi sebarang kecuaian korang mengenai update contest ini, zahra tak akan bertanggung jawab)
emoticon03 buat satu entry bertajuk: contest photo addicted di bulan ramadhan
emoticon03 dalam entry korang tu, ada gambar korang (sama ada berseorangan atau dengan kawan-kawan/family) semasa melakukan aktiviti semasa berpuasa/raya aidilfitri ini. contoh: bersahur, pergi ke bazaar ramadhan, menunggu untuk berbuka, berbuka puasa, aktiviti majlis berbuka puasa.
emoticon03 boleh letak banyak gambar, tapi zahra akan ambil satu je yang terbaik
emoticon03 tag sekurang-kurangnya 3 orang & pastikan diorang taw diorang ditagged
emoticon03 hantar entri link korang di ruangan komen entri ini
emoticon03 tarikh tutup: 22 September 2011


GAMBAR SEMASA BERPUASA

Wajah kami tatkala azan Maghrib mula bergema, menandakan waktu berbuka puasa tiba... punyalah ramai keluarga kami yang berkumpul, sampai tak muat ruang dapur..hehe.

Sehari sebelum Syawal menjelma, bersama kakak ipar menganyam ketupat, dan turut serta juga anak-anakku yang nak belajar menganyam kononnya..hehe

Malam terakhir puasa, sedang kanak-kanak sibuk dengan bunga api dan mercun masing-masing, aku juga turut sama sibuk tukang mengagihkan bunga api ni pada budak-budak. Kalau diagih secara adil, mahu bergaduh mereka nanti.

GAMBAR SEMASA HARI RAYA

Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya kami bergambar bersama-sama.


Gambar candid oleh cik suami tatkala aku sibuk menyiapkan anak-anakku di pagi raya.

"Ampunkan salah dan silap Akak Azi ye ibu" kata anakku kepada ibunya ini..:)

Kupinta kemaafan darimu wahai kekanda..:)

Kunjung mengunjung rumah saudara (ibu saudaraku iaitu kakak kepada ibuku)

Airmata turut menitis mengenangkan ketiadaan arwah abah di sisi tatkala Syawal menjelang tiba, hanya pusara buat penghilang rindu padamu.. Al-Fatihah buat ayahanda Muhammadon bin Juhari.. moga damai dirimu di 'sana', Al-Fatihah.

Berkumpul semua tua dan muda di Hari Raya hari bahagia (di rumah sepupuku)

Inilah keluarga besarku, bergambar kenangan di Hari Raya (ibu dan adik beradikku)

Ini pula keluarga besar suamiku.. sangat-sangat gamat apabila semua berkumpul.

Wajah gembira bersama rakan-rakan baik pada Hari Raya... rakan-rakan yang sangat sporting..:)


Ku pohon maaf setulus hati darimu ibu.. maafkanlah segala dosaku ini.

Titisan airmata di pagi Syawal, merindui insan yang telah lama pergi.. Kesatlah airmatamu ibu, anakandamu ini tidak sanggup melihat dirimu berduka.

Menyuapkan anak-anakku juadah Hari Raya (di rumah Mak Ngahku)

Aksi suap menyuap kuih raya bersama rakan baikku ketika mengunjungi rumahnya di Hari Raya.

Gambar candid kami ketika sedang leka menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah, lihatlah aksi yang ntah apa-apa dari cik suamiku (duduk di tengah)...hehe

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap gambar menawan juri
Hadiah menarik kini diimpi.


Tag:








No comments:

My Blog List