AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 8 September 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

Klik banner untuk sertai.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)


Dianjurkan oleh: 


Tarikh Tutup:
15 September 2010

Hadiah:
Pelbagai hadiah ditawarkan untuk para pemenang. Berikut merupakan senarai sponsor dan hadiah yang bakal anda menangi.


GAMBAR PERTAMA:

Sebelum


Selepas


Gambar wajah-wajah kesayanganku, Anis si kecil kami dan suamiku. Antara gambar yang aku paling suka kerana aku berjaya "freeze the moment", lihatlah pada kaki mereka, kedua-duanya tidak jejak ke bumi. Setelah diedit, gambar mereka seolah-olah kelihatan terbang dibawa sang angin yang lalu. Mereka berdua memang sangat akrab, ketika gambar ini diambil mereka saling berlumba lari ditepi pantai dan pemenangnya ialah siapa yang sampai kepadaku dahulu.

GAMBAR KEDUA

Sebelum


Selepas


Wajah anak sulungku Nur Hamizah, beliau memang seorang kakak yang tegas, anak yang bertanggungjawab dan agak serius orangnya. Lihatnya pada wajahnya sudah cukup jelas menceritakan peribadinya. Kehidupannya penuh berwarna-warni lantaran tatkala aku mengandungkannya dahulu, kehidupan kami agak susah kerana aku tidak bekerja dan duit gaji suami hanya cukup-cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga (malah kadangkala terpaksa juga kami meminjam duit dari ibu mertua) . Jadi aku edit gambarnya dengan warna yang pelbagai menceritakan tentang kehidupannya yang penuh dengan warna.

GAMBAR KETIGA

Sebelum  


Selepas


Gambar bangunan ini diambil ketika kami sekeluarga bercuti ke Christchurch, bangunan lama yang penuh nostalgia bagi penduduk di situ. Aku edit menggunakan PS dan photoscape untuk mendapatkan "mood" vintage sesuai dengan usia bangunan tersebut.

GAMBAR KEEMPAT

Sebelum


Selepas


Wajah ceria anak-anakku kini diedit dalam bentuk "sketch".  Gambar seolah-olah dilukis pada kertas lukisan ini sangat unik dan senyuman mereka menceriakan lagi lukisan ini.

GAMBAR KELIMA

Sebelum


Selepas


Gambar pemandangan di South Island, NewZealand yang sempat ku rakam ketika bercuti di sana. Gunung ganang yang terbentang di depan mata beserta awan yang menutupi puncaknya dan keindahannya sangat menakjubkan . Kiri dan kanan alam menghijau membuatkan mata akan terpesona pada kebersihan dan alam semulajadi yang tidak terusik. Setelah diedit gambar ini, ia seolah-olah nampak seperti senja mula berlabuh dan keindahannya semakin terserlah.

GAMBAR KEENAM

Sebelum


Selepas


Melalui gambar, kita bebas melakukan apa sahaja. Contohnya seperti gambar di atas, seolah-olah dunia fantasiku yang kini berada di dunia Hollywood, menjadi photograher pada artis-artis terkenal. Gambar yang asli ialah ketika aku berada di atas kapal di Milford Sound, NZ dan setelah diedit maka inilah hasilnya. Segalanya tidak mustahil untuk berada dimana sahaja, menjadi apa sahaja hanya dengan gambar kerana melalui gambar sejuta tafsiran boleh dilakukan. 

GAMBAR KETUJUH

Sebelum


Selepas


Gambar diriku bersama si dia yang ku gelar kekasih, teman dan suami. Dialah tempat segala-galanya bagiku, dan moga Allah berkati perkahwinan kami ini sehingga ke akhir hayat kami dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami bersama anak-anak tersayang.. ameeeeennn.  Gambar yang diedit adalah untuk menceritakan bahawa dialah suamiku yang ku cintai selagi nadi masih berdenyut... you are my truly lover forever and ever..  ameeeeeennnn.

(Semua gambar-gambar di atas adalah dari koleksi peribadiku sendiri.)

Tag:



No comments:

My Blog List