AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 17 October 2011

Alhamdulillah... Terima Kasih Farah

Sebaik selepas solat Subuh, ku lihat Fiq'Ra@Mas ada meninggalkan mesej yang akan membuatkan hariku ceria... Alhamdulillah berita kemenangan contest yang dianjurkan oleh Farah. Terima kasih Mas sebab sudi inform Kak Nida... sayang kamu :)

Aku memang sentiasa berdoa agar dapat memenangi contes I Love Domokun ni, sebabnya ketika aku memerah idea nak buat entri, anak-anak semua sempat menjenguk.. maklumlah pelik bebenar lihat ibunya duk search gambar Domokun... "What are doing ibu?" tanya anak keduaku, "Ibu masuk kontest ni kalau menang hadiahnya buat anak-anak ibu".. wah sejurus dengar untuk mereka terus anak pertamaku tadah tangan "Ya Allah semoga ibu menang... amin"..hehe. Kadang-kadang inilah kenyataannya, seharian aku mengadap laptop, mencari idea dan ilham, dalam fikiranku adalah wajah-wajah yang aku sayang... hadiah kemenangan seandainya aku berjaya adalah niatku buat mereka.. buat mak, adik, suami dan anak-anak. Aku tak punya wang yang banyak untuk membahagiakan mereka... inilah usaha dan ikhtiarku untuk buat mereka gembira... Insya Allah. Bila hadiahnya kepunyaanku, terus dikepalaku terlintas "Aku tak bekerja dan inilah seolah-olah duit untuk aku membeli barang buat milikku..".

Terpanjang pula luahan hati, maklumlah pagi-pagi ni otak tengah fresh.. tu yang banyak sikit bebelannya..hehe. Berbalik pada topik.. buat Farah, terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga banyaknya (apa punya bahasa daaaa) kerana membuatkan hariku ceria, pagiku indah (sebab tahu keputusan pagi..:)). Doa Kak Nida semoga Allah melimpahkan rezeki buat Farah, mempermudahkan segala urusan kehidupanmu dan berjaya dalam apa jua lapangan... ameeeeeeeeennnnn.

Klik sini.


PEMENANG CONTEST I LOVE DOMOKUN :)


neyh merupakan senarai pemenang yg betol2 :)


TEMPAT PERTAMA 

http://alongnidar.blogspot.com/


p/s: Tahniah juga buat Mas dan Firah kerana turut sama menjadi pemenang...:)

1 comment:

fiQRa said...

tahniah kak.. murah rezeki akak.. banyak menang :)

My Blog List