AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 9 October 2011

Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP

Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Pasti Liza gembira sakan
Melihat kontesnya dapat sambutan
Disamping boleh juga kita berkenalan
Menambah kenalan dalam kehidupan...:)


PERATURAN








Ku edit entri madah selingan
Moga-moga beroleh kemenangan
Untuk keluarga rezeki diperjuangkan
Moga ianya menyentap Cik Liza diharapkan.


Namanya Norliza empunya gerangan
http://misslyzeer.blogspot.com/ blog kesayangan

Orangnya cantik manis senyuman
Dari Penang tempat kelahiran..:)

Dalam kita mengejar cecita
Usaha dan doa perlu bersama
Rajin dan tekun itu yang utama
Kepada Ilahi doa tak lupa..:)

Kak Nida doakan moga Norliza berjaya
Tercapai segala azam dan cecita
Namun andai dugaan menimpa
Tabah dan sabar dan perlulah redha..:)

Pantang berundur sebelum berjuang
Andai jatuh bangkitlah wahai pejuang
Susun strategi, akal sebagai tunjang
Teruslah melangkah di medan juang..:)






Blog Liza kemas susun atur gadgetnya.
Warna hitam yang melatari sangat cantik dan elegan .

tetapi.........


Header blog merupakan satu elemen paling penting dalam blog. Ia mewakili personaliti dan intipati blog Liza. Bagi Kak Nida header yang digunakan agak kurang ceria disamping pemakaian baju hitam oleh Liza menenggelamkan imej Liza dan tampak suram. 

Tidak salah memakai baju hitam, namun latarbelakang blog Liza yang sudah berwarna gelap menyebabkan header tersebut agak kurang sesuai. Pandapat Kak Nida sudah memadai dengan satu gambar Liza yang ceria.

Cadangan Kak Nida, Liza boleh baca dari sini untuk membina blog header yang gempak.



Ruangan follower sepatutnya diletakkan dibahagian atas bagi memudahkan pembaca menjadi follower blog Liza.

Atau iklan di blog Liza boleh diletakkan di bawah header dan ruangan follower bolah mengambil alih ruangan iklan di atas, seperti contoh di bawah....


Ruangan "CEO Company" bagi Kak Nida sudah tepat pada tempatnya, jadi tidak perlu diubah lagi.



Warna tulisan yang digunakan (putih) bagi Kak Nida sesuai dengan warna background blog Liza yang gelap. Namun Kak Nida rasa tulisan pada entri perlu diperbesarkan sedikit agar memudahkan penglihatan dan pembacaan pembaca, atau boleh di"bold"kan.



Lebar bahagian ruangan entri perlu diperbesarkan sedikit agar blog Liza nampak padat dan tidak kosong pada bahagian tepi blog, dan juga gambar yang diupload boleh diperbesarkan secara maksimum, pasti ia akan kelihatan lebih menarik dan dengan ini pembaca akan lebih tertarik pada tulisan yang dicoretkan kerana gambar yang diupload dapat dilihat dengan jelas oleh pembaca.



Ruangan iklan di bahagian bawah sekali boleh diletakkan dibawah entri blog.. contohnya seperti di bawah...




Shoutbox yang diletakkan bagi Kak Nida amat bagus kerana ia dapat digunakan oleh pengunjung untuk meninggalkan pesanan atau apa-apa info.

Namun bagi Kak Nida pasti blog Liza akan lebih kemas andai dapat diletakkan ruangan shoutbox yang tersembunyi seperti contoh di bawah.



Di sini Kak Nida sertakan sekali bagaimana sembunyikan shoutbox blog. Klik sini untuk melihat tutorialnya.



Bagi ruangan twitter dan facebook pula, Kak Nida rasa ia agak kurang sesuai diletakkan di sidebar. Bagi Kak Nida ia adalah amat sesuai andai diletakkan di tepi blog dan disembunyikan seperti contoh di bawah.


Kak Nida juga sediakan tutorial bagaimana untuk sembunyikan FB. Klik di sini.


atau seperti  contoh di bawah...

Bagi tutorial untuk buat floating ikon seperti di atas, Liza boleh klik sini.



Bagi Kak Nida widget di atas tidak perlu diletak di sidebar kerana ia akan meyemakkan blog Liza, dan seandainya Liza ingin meletakkannya Kak Nida cadangkan Liza letakkan dibahagian atas sekali.



Ruangan Feedjit yang diletakkan juga merupakan idea yang bernas, namun pendapat Kak Nida seandainya Liza dapat memendekkan sedikit panjang Feedjit tersebut,  mungkin dari 10 visitors kepada 5 atau 7 sahaja. Jadi nampak lebih kemas serta diletakkan dibahagian paling bawah sekali (sebab rasanya takde pembaca yang akan lihat bahagian ni.. )





Bagi ruangan blog archive, Kak Nida rasa ia akan nampak lebih kemas andai Liza dapat buat dalam bentuk skrol. Pasti blog Liza akan nampak lebih menarik. Contoh seperti di bawah...


Andai Liza nak lihat tutorialnya, sila klik di sini ye.




Link



Bagi Kak Nida blog Liza pasti tampak akan lebih menarik, profesional dan kemas andai dapat dikelompokkan entri dan link-link berkaitan seperti contoh di atas.


FB Fan Page



Liza juga boleh letak FB Fan Page bagi mengumpul lebih ramai lagi pengikut Liza, dan melalui ini juga pengikut Liza dapat mengetahui perkembangan dan entri terbaru dalam blog Liza.

Cloud Tag


Seperkara lagi, setiap entri adalah perlu untuk ditag. Ini bagi memudahkan pencarian entri suatu masa nanti oleh Liza. Jadi Kak Nida cadangkan andai Liza boleh buat tag cloud seperti contoh di atas.
Klik sini untuk lihat tutorialnya.


Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda. 
(sumber Kak Nida ambil dari sini)


Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida. Andai ianya menyentap rasa Liza, Kak Nida menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata.

Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubariku
Hadiah menarik buruanku kini
Buat keluarga itulah niatku.

Tersalah bicara ampun ku pinta
Sekadar mencuba apa yang termampu
Ku edit entri, tutorial tak lupa
Moga ianya dapat membantu.

Akhir sekali salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat Liza moga ukhuwah berpanjangan
Menambah rakan dan juga kenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.


Tag:

4 comments:

fiQRa said...

gud luck kak nida.. huhu, mesti leh menang first place :)

Leeza said...

wahh byknya nasihat yg miss boleh dapat kat sini..hehe, miss dh check penyertaan dan anda lulus

miss akan dtg lagi untuk buat penilaian balik...good luck =)

Nida said...

sekadar mencuba apa yang termampu... moga ada rezeki buat keluarga... ameeeeeeeeennn

Leeza said...

see my blog asap...

http://misslyzeer.blogspot.com

My Blog List