AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday 6 October 2011

Contest Gambar Candid 'HOT'

Klik header di atas untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://aztiqah0216.blogspot.com/


Haidah-hadiah::

Baju Body Glove/Pdi
Jam Tangan
Perfume

Kakichat Pro Addon selama setahun x 5 pemenang tajaan kakinetwork.com
Domain Setahun x 1 pemenang tajaan Fahmi Mahat
Flash Header x 1 pemenang tajaan Fahmi Mahat




Khas buat Atie...
[aku.JPG]

Click here to get myspace Love Birthday comment code




Kelahiranmu Atie...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak 
mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka wahai Atie,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..




Lagu Selamat Hari Lahir ini Kak Nida  tujukan khas buatmu, Atie :)


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi



Kategori Group:



Gambar ini diambil secara candid oleh suamiku ketika kami bermain futsal. Sungguh kelakar apabila ku lihat gambar ini kembali, ketika ini aku (berbaju biru) selaku penjaga gol. Lihatlah aksi penyerang di atas, amat kelakar dengan aksi tangannya serta kakinya, ala-ala Caklempong Soccer gitu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya aku ketika itu, terutama bila melihat aksi penyerang itu...hehe.... Inilah koleksi gambar candidku yang paling menarik dan lucu. Gambar hot Caklempong Soccer alaf baru... :)

Kategori Perempuan:



Gambar candid yang memang betul-betul hot sebabnya aku memang tengah hot masa ni. Dalam pada tengah hot tu (masa tu tengah membebel kat anak-anak), boleh pula cik suami rakam... adeiiiiiiiii, tu yang masam mencuka mukaku. Tapi pandai juga cik suamiku itu, snap curi-curi di belakang botol, ye ler mana taknya sorok-sorok  kalau aku tahu masa tu dia snap gambar aku tengah marah, mahu dengan cik suami sekali kena bebel..hahaha.

Kategori Couple:


Gambar hot, gossip panas lagi sensasi.. cemolot..haha. Ini sebenarnya gambar candid ketika kami bersukaneka.  Paling kelakar bila lihat straw tu, macam mencucuk lubang hidung..hahahaha.

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Hadiah menarik menawan hati
Harap berjaya daku miliki..
ameeeeennn

Tag:

2 comments:

CIK PARO! said...

gudluck kakak..

Nyamuk Terbang said...

terharunya :')
thanx akk

My Blog List