AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 10 October 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://fiqracake.blogspot.com/


SENARAI PENGANJUR DAN HADIAH
Sila klik di sini.


Pertamanya Kak Nida mengucapkan jutaan tahniah buat Mas kerana berjaya menganjurkan kontes ini. Mudah-mudahan usaha ini berjaya menyedarkan kita semua bahawa karakter sebagai muslimah sejati inilah yang menjadi tiang penyangga peradaban dunia.

Moga-moga usaha Mas ini diberkati Allah dan bersama-samalah kita semua mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai disisiNYA... Insya Allah.

Doa Kak Nida, semoga ramai insan yang di luar sana terbuka pintu hatinya untuk memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat... ameeeeeeeennnn.


Di sini juga Kak Nida ingin nyatakan bahawa sesungguhnya Kak Nida berbangga menjadi seorang muslimah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai seorang muslim... Alhamdulillah.

HADIAH IMPIAN


x1 jubah abaya, x1 baju kurung moden & x1 blouse



x1 Long Sleeve lycra maxi dress ( Soft Purple )



x2 dress & x2 purse 



x5 tudung 



GAMBAR MUSLIMAH 

“Janganlah perempuan –perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)







Setiap perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, bagaimana ingin menjadi yang terbaik?













Salimul Aqidah
Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
Shahihul Ibadah, 
Benar Ibadahnya menurut AlQur’an dan Assunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.
Matinul Khuluq
Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kepribadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahwa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).
Qowiyul Jismi
Kuat fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Allah SWT.
Mutsaqoful Fikri
Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.
Qodirun ‘alal Kasbi
Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
Mujahidun linafsihi
Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimakan setiap kesempatan ataupun kejadian.
Haritsun ‘ala waqtihi,
 Efisyen dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang mensiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.
Munazhom Fii Su’unihi, 
Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.
Naafi’un Li Ghairihi, 
Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan. Hadirnya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.







muslimah





“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)


@Mengingkari kebaikan suami
@Tidak menjaga kehormatan
@Membuka aurat
@Bersama lelaki lain yang bukan mahram
@Memandang lelaki yang bukan mahramnya
@Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
@Menyerupai lelaki
@Membuka rahsia wanita lain kepada suami
@Memandang aurat wanita lain
@Keluar rumah tanpa ada keperluan
@Masuk permandian awam
@Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
@Meratapi kematian
@Berhias atas meninggalnya seseorang
@Mempercayai dukun dan peramal
@Menyumpah anak-anak sendiri
@Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
@Menganiaya pembantu
@Mengganggu jiran
@Minta cerai kerana suami sakit
@Minta cerai kerana suami menikah lagi
@Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
@Derhaka kepada suami
@Meminta cerai tanpa sebab yang jelas



Sumber dari sini.









WANITA - deHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)




Buat Mas Kak Nida persembahkan
Moga-moga beroleh kemenangan
Usahaku ini menjadi tatapan
Harap-harap hatimu tertawan.


Ku bangga menjadi seorang muslimah
Moga sentiasa dirahmati Allah
Ku berdoa sentiasa tiada penyudah
Tunjukkan jalan, berikanku hidayah.
ameeeeennnn




Tag:

9 comments:

fiQRa said...

salam, datang buat lawatan ~ semoga berjaya tau ~

keputusan 15 oktober ni, sama2 kite tunggu eh
~_^

Nida said...

w.salam..

Terima kasih sudi menjengah... moga ada rezeki buat Kak Nida... :)

einz said...

hi join this contest yer~

http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

einz said...

hi join this contest yer~

http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

einz said...

hi join this contest yer~

http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

einz said...

hi join this contest yer~

http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/10/peraduan-copy-dan-paste-promosi-hujung.html

faqihahhusni said...

Assalamualaikum :D
TAHNIAH! AWAK MENANG! Contest I'm Proud To Be A Muslimah by fiQ'Ra panCake! -Faqihah (http://www.faqihahhusni.blogspot.com)

Brilliant Marjan said...

Tahniah :)

fieda said...

tahniah nida..pemenang utama tu...

My Blog List