Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://ifwat-syamim.blogspot.com/
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Klik sini untuk lihat peraturan.
Salam perkenalan Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)
CARA-CARA UNTUK MENYERTAI CONTEST
- sila buat satu entry yang bertajuk ; "CONTEST MERDEKARAYA SYAMIM NOVELIS"
- tepek banner kat atas tu dalam entry awak semua pastu link kan banner tu ke entry syamim nih ea.
- buat satu entry tentang perkara yang paling seronok yang berlaku pada hari raya tahun nih (entry simple pimple je. syamim tak nak susahkan korang)
- kalau nak tambat hati syamim,tepek lah gambar raya korang sekali dengan senyuman yang menawan (tak wajib)
- kalau dah siap,tinggalkan link untuk entry korang tu kat ruangan komen syamim nih.
SYARAT-SYARAT PERNYERTAAN
- Follow blog syamim (untuk tahu kemas-kini mengenai contest)
- Like blog page syamim (untuk tahu status update)
- Terbuka kepada semua peringkat umur
- Semua jantina boleh menyertai (lelaki,perempuan,even pondan pon boleh)
Cerianya suasana di Aidilfitri
Tua muda wajah berseri
Berbaju baru cantik sekali
Senyuman manis penambah seri.
Ini pula gambar keluargaku
Bersama suami dan anak-anak yang manja
Lawak sungguh bila melihat wajah suamiku
Jambul di depan terkeluar ler pula.
Berjalan-jalan sambil beraya
Menjengah saudara dan kenalan juga
Si kecil gembira dapat kutip duit raya
Anak suka ibu pun gembira.
Sesekali buat aksi ntah apa-apa
Orang sibuk makan aku sibuk bergambar
Semua musykil menggaru kepala
"Macam nak bertunang" kata mereka kelakar..:)
Bab bergambar kamilah juara
Ke mana pergi itu yang utama
Mana taknya sebu perut dibuatnya
Sekali berjalan 10 rumah dijengahnya.
Demi nak ambil hati tuah rumah
Makan ler sedikit walaupun menjamah
Puas berjalan sampai termengah
Pastu anak meragam sampai ke sudah.
Cari port gambar yang paling susah
Terutama bila semua nak masuk gambar
Yang jadi mangsa kerusi di tengah rumah
Atau apa sahaja objek yang sempat disambar.
Dari pagi sampai ke malam
Berjalan sakan sampai semput dibuatnya
Sesama sahabat dihulur salam
Meminta maaf setulus adanya.
Ada lontong, ketupat dan macam-macam lagi
Semuanya sedap membuka selera
Inilah meriahnya sambutan Aidilfitri
Pelbagai juadah kini tersedia
Bila tak muat dalam rumah nak bergambar
Luar rumah pun boleh juga
Cari port takdelah sukar
Batang pokok menjadi tripod sementara.
Usik mengusik penghilang sendu
Penggamat suasana penambah ceria
Ku suap mulutmu dan kau jua begitu
Bukti kemesraan antara saudara.
Lontong dan raya sinonim sekali
Makanan kegemaranku di waktu raya
Part tempe yang paling best sekali
Bersama kuah kacang penambah perisanya.
Bila semua dah berkumpul dan berhimpun
Macam-macam gaya kini dilakukan
Gambar dirakam selepas meminta ampun
Rasa teruja bila dosa dimaafkan.
Gambar candid paling seronok sekali
Pelbagai aksi dan memek muka juga
Lihatlah sahaja wajah cik suami
Adeiiiiii gelak sakan daku melihatkannya.
Inilah rentetan kisah kami
Di Hari Raya ceria sekali
Pelbagai ragam yang boleh di saksi
Pelbagai perasaan turut warnai.
Kini gambar menjadi bukti
Tentang keceriaan yang kami alami
Kini ianya menjadi memori
Pasti ku kenang dan juga ku rindui.
Ketupat, rendang, dan lontong juga
Kuih Raya pelbagai yang ada
Inilah meriahnya di Hari raya
Pelbagai juadah di depan mata.
Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap dapat menawan juri
Hadiah menarik kini ku impi.
Tag:
No comments:
Post a Comment