AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 4 October 2011

Giveaway : Domokun Vs Angry Birds

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://atienabila.blogspot.com/



Syarat2 Giveaway :
1. Follow blog atien ea BeLog PinKy PinK
2. Buatkan satu entry pasal Giveaway niey n tajuk mestilah
3. Copy banner n paste kan pada entry dan juga sidebar korang...
4. Tag 2 orang rakan korang n pastikan dieorg tau ea...
5. Pilih Kartun mane yang korang suke...
Domokun or Angry Birds 
n paste kan sekali pic kartun yang korang minat 2 kat entry korang..
6. Nyatakan kenapa korang pilih kartun 2...
7. Linkkan entry korang 2 kat comment box entry niey...









SEBAB PERTAMA



Lantaran wajahnya comel sekali
Ceritanya juga lucu untuk ditontoni
Karakter boleh mengubat hati
Jiwa tertekan menjadi senang hati..:)

SEBAB KEDUA



Walau karakternya sungguh santai sekali
Namun kisah kehidupannya boleh juga dipelajari
Unsur kecindan dan kasih sayang yang pasti
Aset utama dalam kehidupan duniawi.








Ku selitkan sedikit latarbelakangnya
Untuk tatapan para pembaca
Marilah kita berkenalan dengannya
Kisah si Domokun yang cute tentunya.





Ramai orang suka melihatnya
Tidak ketinggalan anak-anakku juga
Dari negara Jepun tempat asalnya
Maskot NHK, Jepun itulah karakternya.






Satu dunia kini mengenalinya
Berjuta manusia kini menggilainya
Tua, muda pelbagai lapisan yang ada
Pelbagai barangan menggunakan ikonnya.


Bersama teman-teman baiknya
Turut sama menghiburkan penontonnya
pelbagai aksi dan kisah ceritanya
Kini ditontoni di seluruh dunia.




Ayuh semua kita berimaginasi
Andai Domokun ada kekasih kati
Bersama Hello Kitty kita padankan kini
Pasti mereka couple bahagia sekali.


Ini cuma kisah dongeng sahaja
Untuk menambah cerita yang ada
Sekadar hiburan buat semua
Kisah mereka khayalan ku semata..:)


Pelbagai aksi pelbagai gaya
Semuanya comel walau apa jua dilakukan
Pelbagai video di Youtube juga tersedia
Untuk tatapan peminat setia.
















Sekian sahaja entriku persembahkan
Harap diriku beroleh kemenangan
Miliki hadiah yang jadi taruhan
Lantaran hadiah terlalu menawan
Geram dibuatnya untuk mendapatkan
Khas buat anak-anak kesayangan..:)


Tag:

No comments:

My Blog List