AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 20 November 2011

1st Contest Gambar Saya Menarik!!! by Ain

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)


Syarat - syarat
  1. Mesti ada blog.
  2. WAJIB follow blog Ain. Senang untuk tahu maklumat contest dari masa ke semasa.
  3. Lelaki dan perempuan pon boleh join.
  4. Mesti buat entry tentang "1st Contest Gambar Saya Menarik!!! by Ain".
  5. Copy banner contest dan letakkan di dalam entry tersebut serta linkkan ke blog ini.
  6. Suka hati lah nak letak berapa banyak gambar anda yang menarik itu. Kalau ada caption lagi bagus.
  7. Tag 3 rakan blogger anda. Kalau lebih pun lagi bagus. Pastikan mereka tahu, okey!
  8. Contest ini akan terbatal jika kurang daripada 20 orang.
  9. Hantar link di comment box bukan di chat box.
Hadiah
First Winner: Top up RM 15 (Maxis dan Celcom sahaja).
Second Winner: Top up RM 10 (Maxis dan Celcom sahaja).
Third Winner: Top up RM 5 (Maxis dan Celcom sahaja).
Fourth and Fifth Winner: Header atau Top up RM 3 (Maxis dan Celcom sahaja).

Di sini Kak Nida sertakan gambar-gambar menarik dari Kak Nida ketika kami bercuti ke New Zealand bersama-sama keluarga tersayang... moga gambar-gambar ini menawan juri.. dan moga Kak Nida beroleh rezeki... ameeeeeenennn


Tarikh:
25 Disember 2009

Peristiwa:
Percutian tanpa gambar ibarat lagu tanpa irama. Jadi sempena percutian kami ke Shakespear Regional Park, maka sudah tentulah kami tidak akan melepaskan peluang bergambar dan berposing, ditambah pula pemandangan persekitaran yang sungguh cantik dan indah.. Subhanallah, Maha Besar Allah, langit yang membiru, alam yang menghijau dan lautan yang terbentang luas sungguh menyejukkan mata yang melihat dan menenangkan jiwa yang menghayati.

Jika dilihat gambar di atas pelbagai gaya dan cara dapat disaksikan dan pelbagai memek muka boleh dilihat. Apabila aku melihat gambar ini kembali, pasti senyuman akan menguntum dibibirku. Setiap satu punya cerita yang berbeza, Kakak Mizah memang suka menonton America's Next Top Model, tu yang bila bergambar gaya pun dah macam supermodel. Anak keduaku pula ni sebenarnya takut jatuh, tu yang peluk sakan si abahnya, yang paling lucu suamiku le, ada ke bergambar kaki tersangkut ke bawah..hehe, alkisahnya suamiku ini gayat orangnya, tu yang bergambar tak berdiri dan kaki memang sengaja dijuntaikan ke bawah.. ala-ala penakut juga macam Akak Azi, kemudian gambar Anis, ni menurun dari genetik suamiku, jenis gayat.. tu yang menangis bila kena berdiri atas palang... "nak turun... nak turun.. Anis takut.uwaaa." begitulah ayatnya ketika itu, dan yang terakhir ialah aku, gaya top supermodel yang dah pencen. Jika diamati betul-betul, hanya anak pertama yang menurun bakaku, selebihnya ikut baka si abah..hehe.. :)



 Tarikh: 
12 Jun 2011

Peristiwa:
Gambar yang dirakam ketika kami melawat ke ladang kiwi di Kiwi 360, Tauranga. Ladang ini memang sangat luas di samping itu juga kami turut melawat kilang membungkus buah kiwi untuk dieksport ke luar negara. Satu pengalaman yang sungguh manis, dapat melihat pokok buah kiwi di depan mata sendiri.
Tarikh:
13 Jun 2011

Peristiwa:
Ketika sedang asyik menghayati keindahan Di Lake Taupo, New Zealand, datang dua ekor itik yang sangat jinak. Apalagi, kami pun terus merakam gambar bersama itik-itik ini. Untuk pengetahuan semua, di New Zealand kita akan dapat lihat banyak itik-itik liar yang berkeliaran di sini, dan membunuh binatang ini adalah satu kesalahan.
 Tarikh:
13 Jun 2011

Peristiwa:
Ini pula gambar ketika kami berhenti untuk solat, gambar di Redwood Forest, Rotorua. Kalau nak tahu patung ini dibuat dari batang kayu "redwood". Pemandangan dalam hutan ini sangat mengagumkan, udaranya yang bersih serta kita akan terasa seolah-olah berada di lokasi penggambaran filem "Robin Hood"..:)

Tarikh:
12 Februari 2011

Peristiwa:
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah, hanya itulah yang hanya mampu terungkap di bibir kami tatkala berada di puncak bukit melihat keindahan bandar Queenstown dari atas. Tasik Whakatipu memang sangat mendamaikan, ibarat berada di syurga dunia.

Tarikh:
13 Februari 2011

Peristiwa:
Tasik Tekapo menjadi saksi bicara cinta kita. Berlatarbelakangkan gunung ganang dan air tasik yang tenang, suamiku mengungkap bait-bait cinta kepadaku.. oh, alangkah indahnya pelancongan kami ketika ini..:)

Tarikh:
14 Februari 2011

Peristiwa:

Lokasi ini merupakan sebahagian dari penggambaran Lor Of The Ring, di Milford Sound. Memang sangat cantik, dan terus terang ku katakan memang amat berbaloi andai dapat melancong di sini kerana pemandangannya memang sangat indah. Di sini kita dapat melihat salji di puncak bukit walaupun pada musim summer, melihat ikan lumba-lumba yang jinak dan melihat anjing laut yang bersantai di atas batu...Subhanallah....indahnya ciptaanMu ya Allah.


Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Moga gambar menawan juri
Harap impian menjadi realiti



2 comments:

Ain Zuhairi said...

Wahhh bestnye pergi New Zealand.. ada peluang ni. hehe. sgt menarik :D
GOOD LUCK ea~

Nida said...

cuti bersama keluarga memang the best moment in my life...:)

Moga Kak Nida ada rezeki... ameeeennnn

My Blog List