AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 21 November 2011

CONTEST HADIAH BEST by JALAL

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://lorongkanan.blogspot.com/


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)
Syamim Shukri empunya gerangan
Jalal pula nama samaran
Kuala Lumpur asal kelahiran
5.10.1990 hari lahir diraikan.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Teruskan berjuang dalam perjuangan
Jangan mengalah dalam mengejar impian
Usaha dan doa perlulah berkekalan.

ST Petersburg State Marine University tempat pengajian
Kini di Russia meneruskan pelajaran
Pelbagai dugaan berada di perantauan
Doa keluarga dipohon berpanjangan.











Inilah hadiah yang lama ku idamkan
Dari Russia sebagai kenangan
Pelbagai faedahnya dan juga kegunaan
Topi berjasa hadiah impian.


Dunia kini semakin panas
Terikan mentari bahang terasa
Pakai topi janganlah malas
Agar diri merasa selesa.


Souvenir dari Russia tanda kenangan
Dari Jalal hadiah dihajati
Untuk melancong ke sana mungkin angan-angan
Dapat topi pun sudah bersyukur seikhlas hati.


Andai sukar hadiah ini untuk dipenuhi
Cenderahati apa-apapun daku tak kisah
Keychain, FM atau apa jua dari Jalal ikhlas memberi
Daku menerima sambil bersyukur kepada Allah.


Sekian sahaja entriku ini
Kuedit, ku gubah madah selingan
Moga-moga beroleh rezeki
Dapat hadiah yang menjadi idaman.


Tag:



No comments:

My Blog List