AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 29 November 2011

Contest I Love Photography by Anis and Aina

Klik banner untuk sertai.
dan http://domolovebunny.blogspot.com/

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)



Syarat-Syarat Penyertaan



Inilah empat gambar yang aku pertaruhkan. Gambar 100% dari hasil tanganku.


Dunia silhouette (bayang-bayang hitam). Tema silhouette merupakan salah satu minatku. Gambar anak-anakku yang sedang berlari di kaki langit ku rakam kini. Berlatar belakangkan matahari yang sedang terbenam.. gambar ini unik kerana ia merakamkan dunia kanak-kanak yang sentiasa gembira bermain bersama-sama.


Gambar ini pula bertemakan dunia mikro. Gambar yang dirakam sebaik sahaja matahari pagi menyinar. Embun pagi yang membasahi menjadikan gambar bunga ini sangat cantik dan segar., sesegar embun pagi yang membasahi.Warna kuningnya menawan mata yang melihat. Bokeh (D.O.F) yang terhasil di bahagian belakang bunga juga dapat menonjolkan lagi embun pada kelopak bunga tersebut.


Antara gambar kesukaanku. Gambar yang diambil hasil kerjasama aku dan anak-anak. Tatkala aku memetik butang kamera, anak-anak pula ditugaskan menjatuhkan buah strawberry ke dalam gelas tersebut. Akhirnya inilah hasilnya.


Akhir sekali gambar berkonsep  silhouette sekali lagi. Dunia peluncur bersama ombak yang menhempas. Gambar yang ku ambil ketika mentari mula menyorokkan wajahnya. Aku suka gambar ini kerana ombak yang menghempas seolah-olah memahami jiwa sang peluncur. Ibarat "ombak rindu" yang merindukan peluncurnya..:)

Sekian sahaja entriku ini
Gambar dariku kini ku persembahkan
Harapan moga menawan juri
Moga diriku beroleh kemenangan.
ameeeeennn


Tag:


14 comments:

✿ Miss Effa ✿ said...

betulke 100% dari hasil tangan awk..sy ada jumpa gambar tu di google..camner??

✿ Miss Effa ✿ said...

awk tipu kan??

http://4.bp.blogspot.com/-GgjTyO3Bglk/TtVONky8V0I/AAAAAAAACEI/fCyV9E115iM/s1600/DSC_8583.JPG

✿ Miss Effa ✿ said...

awk cakap..'tolong hargai usaha lelah orang lain..jgn copy'..tpi awk tu yg copy kak nida..saya x nk berkeras cuma nk kasi amaran keras ataupun saya nk jdi seorang yang jujur tambahan pula di dalam contest..

Nida n' Hanafi said...

adeiiii.. nak tergelak pun ada baca komen ni..

Gambar ni memang saya dan suami yang ambil. kami juga ada photoblog kami sendiri, dan kami juga ada flickrs, malah gambar-gambar ini kami juga ada masukkan dalam FB kami (kami juga ada ke kelas fotografi).

Gambar pertama ialah gambar anak-anak saya di Bethells Beach.

Ini entri saya dan ada diselitkan gambar tersebut:
http://radinsah.blogspot.com/2011/01/awan-berarak-mendung-kelabu.html

Gambar kedua di rumah kediaman sahabat di Goat Island.

Ini bukti entri gambar bunga tersebut:
http://radinsah.blogspot.com/2011/01/musselkupang-picking-dan-goat-island.html

Gambar ketiga diambil di rumah kami.

Ini entri bukti gambar strawbery drop di atas:
http://ucualong.com/2011/12/10/170/

Gambar keempat diambil di Muriwai Beach.

Dan gambar peluncur tersebut saya ada gunakan pada header di blog baru saya di sini:
http://ucualong.com

radinsah dan ucualong adalah blog kami suami isteri... demi Allah gambar-gambar tersebut adalah hasil kami yang diambil dengan kamera Nikon D300. Andai adik mengatakan kami meng"copy"nya maknanya adik melihat orang yang meniru hasil kami.. bagus juga adik ada bagitahu sekurang-kurangnya kami tahu gambar kami telah diciplak.

Nida n' Hanafi said...

Ni, saya nak tambah lagi info untuk gambar ke empat: gambar peluncur di Muriwai Beach:

http://ucualong.blogspot.com/2011/03/sunset-at-muriwai-beach_28.html

http://ucualong.blogspot.com/2011/03/back-from-ocean.html

Unknown said...

Ni, tambah lagi bukti:

Gambar ke dua (bunga) di flickr:
http://www.flickr.com/photos/ucu_along/5569119107/in/photostream/

Gambar ke empat (surfing) di flickr:
http://www.flickr.com/photos/ucu_along/5242141560/in/photostream/

GRRRRRRR....puas hat?

Nida said...

Thanks suamiku atas bukti tambahan... penat-penat kita suami isteri snap gambar, ada pulak ler makhluk Allah ni tuduh kita bukan-bukan... hmmm.....

Unknown said...

Nida...baru perasan gambar surfing tu kita ada juga masukan kat entri ni:

http://ucualong.com/2011/12/15/gelombang-ombak-rindu-di-new-zealand/

Unknown said...

Lupa lak nak tambah satu lagi, ni gambar anak2 berlari di flickr

http://www.flickr.com/photos/ucu_along/6543058449/

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
✿ Miss Effa ✿ said...

Sorry kak nida..bukan saya tu kak nida..tu kawan saya..saya bagi email n password kat dia then dia kasi passwword and email kat orang yg jealous ngan sy..sbb dia x suka saya menang contest..sorry ye kak ..

✿ Miss Effa ✿ said...

saya memang betul2 minta maaf sbb tu bukan saya..dia buat macam tu sbb dia kata photography saya ni 'cantik'(x cantik pun)..so dia jealous..

Nida said...

Itu terpulanglah dengan adik bagaimana nak settelkan dengan dia. Cuma peliknya kenapa Kak Nida jadi sasaran ye, bukan orang lain...hmmmm.

Tugas akak ialah nak bersihkan imej akak dan maruah akak. Sebab bagi Kak Nida menang kalah itu adat tetapi bila dituduh begini, rasa memang amat marah.Lagilah gambar-gambar ini memang hasil kerja dari kami suami isteri. So please take note ye dik....

✿ Miss Effa ✿ said...

masalah sy dan dia memang dah settle buat masalah sy dgn akak belum settle..sbb sy belum yakin yg akak telah maafkan sy atau tidak..sy mohon akak maafkan sy secepat mungkin kerana tahun ini adalah tahun UPSR untuk sy..sy xnk ada sbarang gangguan di otak sy..nanti sy tak relax..asyik fikirkannya terus..

My Blog List