AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 16 November 2011

Contest "Just Ask Cinderella" by Nana S.

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

RULES:
  • untuk memudahkan any update mengenai contest, follow lah Blog Nana. :)
  • post an entry mengenai contest ini berserta sekeping gambar kamu dengan kasut kegemaran (wajib). posing lah macam mana pun, tak kisah.
  • letak banner contest dekat di atas ni dekat entry kamu ye? thank you. :)
  • letak tajuk entry: Contest "Just Ask Cinderella" by Nana S.
  • warganegara Malaysia. tak kisah jantina.
  • tag sekurang-kurangnya 2 orang. lebih pun tak apa. tapi make sure mereka tahu tau!
  • dah siap? tinggalkan link entry kamu di bawah. 

Nana S. empunya gerangan
Seorang pelajar yang punya wawasan
Semoga berjaya dalam perjuangan.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Meramaikan sahabat dan juga kenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan
Ukhuwah dibina moga berpanjangan..:)




Sajak ini dikarang olek Kak Nida sendiri...

Punai bertenggek di atas busut
Sambil menunggu kekasih hatinya
Inilah dunia sepasang kasut
Kehidupan yang ada noktah akhirnya.

Sungguh tampan pahlawan perkasa
Berjalan beriringan dengan si puteri
Wahai kasut yang banyak berjasa
Kenangan bersamamu diingatan lestari.

Saling bekerjasama antara jiran
Barulah hidup sentiasa ceria
Mahal dan murah bukanlah ukuran
Asalkan selesa dipakai ia.


Wahai kasut yang...

banyak jasa dan budi
bawalah daku kemana pergi
menapak luas di permukaan bumi
melihat karenah dan ragam manusiawi..♥♥♥

Wahai kasut yang...

sentiasa setia
lindungilah aku dari bahaya menimpa
juga kekotoran di atas bumi yang ada 
agar selesa aku memakaimu sentiasa..♥♥♥

Wahai kasut yang...

pelbagai bentuk dan warna
kau juga punya saiz berbeza
sesuai pada peringkat umur yang tak sama
kualiti dan hargamu juga pelbagai yang ada..♥♥♥

Wahai kasut yang...

ku bawa dari rumah
kita ke taman untuk beriadah
sambil merakam detik bersejarah
bersama kasut ku gaya indah..♥♥♥



 Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Hadiah menarik buruanku ini
Harap impian menjadi realiti..:)

Tag:








1 comment:

My Blog List