AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 20 November 2011

Contest My BFF by AneyzSams .

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://aneyzsamsudin.blogspot.com/
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)


Syarat-syarat dia .

Follow agar anda tak ketinggalan zaman . 
Like Page kita .  AneyzSams .
Suka hati gambar edit ke tak . Max 3 gambar je .
Amik banner dan direct link . 
Tarikh tutup akan di beritahu kemudian . 
Kena tekan . Tekan je . Bukan buat apa . HARHAR . 
INI , dan tekan gambar ini dekat sidebar kita .
 Tag 3 orang member pastikan diaorang tau .
Hantar link entry korang dekat entry kita yang nih eh .
Hadiah .
Contact Lens .
Top-up - RM 10 , maxis,celcom,digi .
Shawl  - Pashmina , Black .
Edit Blogskin by Scha Feeqah .

TAMBAHAN 
Anda DIWAJIBKAN . Sape tak yang buat akan terbatallah penyertaan anda . HAHA , *garang nih ,



PUISI BUAT SAHABAT
(sajak ini ditulis olehku sendiri)
Sahabat
ku coret madah yang bernama puisi
menzahir apa yang tersirat
berbicara apa yang terpendam
dalam lubuk hati yang dalam
penuh makna yang bersulam.

Sahabat
Syukur kita pada Ilahi
atas anugerah persahabatan ini
yang menceriakan duniaku
mewarnai hidup
dengan seribu harapan.

Sahabat
doa kupanjat padaNya
agar jalan-jalan yang akan kita lalui
tiada hujung bernesan
tiada noktah penamat
tiada tembok pemisah.

Namun
andai ombak besar
menghempas bahtera pelayaran kita
dan tersadai kita terpisah jua
kan kucari bayangmu di mana
kan kudakap tulusnya persahabatan ini.

Sahabat
andai tiada kemesraan bersama
andai tersinggung terguris hati
dalam meniti ukhuwah terpateri
tunduk aku sesal sejuta di sini
dalam kerendahan hati
dalam kesal tak bertepi
maaf kupinta seikhlas hati
terimalah diriku menagih simpati
moga damai menjengah kembali.


Kenangan yang sangat manis buatku kerana berpeluang berada disamping keluarga dan rakan-rakan tercinta. Kebiruan langit yang mendamaikan disamping kehijauan alam yang menyejukkan hati memukau mata yang melihat. Ketika ini, aku bersama keluarga dan rakan-rakan riang sakan kerana dapat bergambar dalam keadaan yang amat santai, dan ianya dirakam di dalam ladang kambing! Pemandangan yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau disamping pandangan pantai yang sungguh indah menyebabkan gambar ini sangat unik, dan yang paling seronok dapat berkejar-kejaran dengan kambing... satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. :)

Cantik pemandangan memukau mata
Hijau mendamaikan perasaan nan hiba
Riang dan tawa gembira terasa
Bersama taulan bercuti bersama.

Cantik dipandang tak jemu dilihat
Ciptaan Tuhan yang maha hebat
Indahnya alam penuh makna tersirat
Saujana nan luas hati terpikat.

Berlarian sikecil sukanya pasti
Teruja sungguh di dalam hati
Ekosistem seimbang terpelihara kini
Khazanah bumi sama dihayati.

'Sporting' semua, satu kepala
Usik mengusik penggamat suasana
Hubungan akrab abadi selamanya
Lambang persahabatan yang kukuh terbina.



Inilah sahabat yang sama kerjaya denganku.. merekalah sahabat sejati yang satu kepala denganku, dari kiri Miza, Azi, aku (Nida), Norzie, Atie dan satu-satunya teruna yang di depan iaitu Kamarul.


Gambar yang dirakam ketika majlis jamuan akhir tahun di sekolahku. Ketika ini kami sepakat mengenakan baju yang sama tema warnanya. Kami sekepala, kami saling memahami, kami kawan sejati dan kami sentiasa berkongsi suka dan duka.

Kenangan paling lucu ketika ini apabila salah seorang rakan kami membeli bulu ayam (yang tersangkut di leher tu), sebabnya nak menunjukkan yang kami ini adalah satu kumpulan... best friend forever. Kawan baik kami yang lelaki ketika itu ketawa berdekah-dekah kerana beliau pun dapat juga, tapi ketika nak bergambar beliau sempat berkata "Taknaklah pakai bulu tu sebab nanti orang kata aku auwwww"...hahahaha

Kawan baik sentiasa disisi
Tak kira dimana dan juga situasi
Mengisi kekosongan hari yang dilalui
Memori bersama manis sekali.

Kami semua punya kerjaya yang sama
Umur juga tak jauh beza
Satu kepala berkongsi suka duka
Inilah duniaku bersama mereka.

Mereka kawan yang paling memahami
Andai ada masalah sama merasai
Tolong menolong antara kami
Ukhuwah terbina harum mewangi.

Kemana pergi sentiasa bersama
Ke kantin, ke kursus ke mana jua
Merekalah sahabat sejati selamanya
Ku sayang mereka setulus jiwa..


Tag:
http://thegiveawaystuff.blogspot.com/
http://eszylife.blogspot.com/





No comments:

My Blog List