AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 1 November 2011

Contest - MYBIRTHDAY

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

syarat-syarat penyertaan:
wajib follow blog sitinurfariha.blogspot.com
dan buat contest mengenai hadiah impian sempena hari lahir anda atau cerita mengenai hari jadi anda suka/ duka atau apa sahaja tentang hari lahir anda.
wajib letak banner contest di side blog dan entry.
tinggalkan link contest di comment entry ini.
dan tag pada 3 orang rakan anda make sure mereka tahu mereka di TAG
{=.=}
HADIAH
atau INI

hadiah tertakluk pada saya sama ada untuk bagi clinelle atau vco.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan 
Buat Ieyha yang manis senyuman
Entri ku gubah ku edit dan ku persembahkan
Moga buat juri tertawan
Lantaran hadiah terlalu menawan
Yang kini buat Kak Nida tertawan...





Khas buat Ieyha



"Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka wahai membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.

Selamat ulangtahun ikhlas dariku,
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah,
moga kebahagiaan menjadi milikmu,
lestari berzaman kekal abadi.."



Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi







Inilah impian yang dah lama ku angan
Namun sampai sekarang masih belum mendapatkan
Moga hari jadi akan datang menjadi kenyataan
Dapat Apple MacBook yang buatku tidak keruan..:)

Siang malam terbayang sentiasa
Tak kira masa dan situasi juga
Apple MacBook diingatan dan terbayang di mata
Mudah-mudahan dapatlah menjadi milikku jua..:)

Ketahanannya buatku tergoda
Lasak dan tahan lama ciri padanya
Apple MacBook ber"style" juga 
Sesiapa melihat pasti ingin milikinya..:)

Nipis dan selesa dibawa ke mana sahaja
Ringan dan mantap ciri utama
Apple MacBook buatku teruja
Pasti gembira bila ia idaman menjadi nyata..:)

Mengambil gambar itulah hobiku
Satu keluarga punya kegemaran sekutu
Andai Apple MacBook menjadi milikku
Pasti 'editing' mudah selalu..:)














Hajat ku persembahkan buat kekasih hati
Hadiah hari jadi yang ku "wish" selama ini
Siang dan malam termimpi-mimpi
 Apple MacBook itulah keinginanku ini..:)



Sekian sahaja entriku ini
Hadiah idaman pujaan hati
Kini ku persembahkan di dalam entri
Moga berjaya menawan juri
Harap kemenangan menjadi realiti
Juga hadiah impian di hari jadi..:)
Tag:

No comments:

My Blog List