AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 30 November 2011

GA Silaturrahim

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)




♥♥♥Suami Tercinta♥♥♥


Coretan ku susun dari lubuk hati
Airmata bergenang tatkala pena menari
Ucapan ikhlas tulus ku beri
Buat dia yang bernama suami.

Kutitip doa dalam perhubungan ini
Moga rumahtangga dibina dalam lindungan Ilahi
Diberkati jodoh ke akhir nanti
Bahagia bersama sentiasa abadi.


Inilah ucapan tulus dari isteri
Buat suami yang sangat kucintai
Kaulah anugerah dari Ilahi
Ditakdirkan bersama jodoh terpateri...


21 Mei 2000 tarikh bersemi
Bermulalah tugas suami dan isteri
Terima kasih atas pengorbanan diberi 
Dan juga kasih sayang yang memagari.


Kini aku bahagia di sampingmu suamiku. Kebahagiaan kita diserikan lagi dengan kehadiran tiga cahayamata yang menjadikan kehidupan kita lebih ceria. Amanah Allah yang akan kita jaga dan didik dengan penuh rasa tanggungawab. Sesungguhnya, kaulah suamiku, tempat aku mencurahkan kasih sayang. Semoga Allah merahmati perjalanan kehidupan kita sekeluarga. Akan aku bajai cinta ini agar sentiasa subur mewangi..aminnn 

Suamiku..ku tahu hati budimu...kau seorang pejuang yang hebat...ku tahu sejak aku mengenalimu.  Hari ini, aku tahu kau masih selalu menangis sendirian.  Bila kita berbicara tentangnya, kau sering merasakan kau tidak mampu memberi yang terbaik buat kami.  

Ketahuilah suamiku, kau telah berikan yang terbaik dengan kemampuan yang kau ada. Kau seorang suami yang penyayang, ayah yang sering menjadi kebanggaan buat anak-anakmu, kami menyayangi setulus hati kami. Terima kasih sayangku kerana melakarkan pelbagai memori dan pengalaman yang indah dalam hidup ini. Kaulah yang terbaik buatku.. buat anak-anakmu...


Ucapan yang bernama puisi ini ku coretkan khas buatmu, moga dirimu dapat menghayati setiap bait madah yang tercipta tulus dari hati isterimu ini...
..♥♥ Ucapan Dari Hati ♥♥..

Sebelum ku undur diri, ingin sekali ku luahkan apa yang tersirat dalam lubuk hatiku yang paling dalam.. bahawa dirimu suamiku terlalu istimewa dalam hidupku ini... you are my truly lover forever and ever, I love you so much. 

Referrer: Penganjur Sendiri

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga menawan juri
Insan istimewa dalam hidup ini
Ucapan ku beri ikhlas di hati.


Tag:





2 comments:

Al-Ustazah Smkts said...

Subhanallah..i'm touched by ur post..

Time kasih join GA sy..salam ukhuwwah

Nida said...

Alhamdulillah...

Terima kasih sudi jengah dan salam ukhuwah dari Kak Nida.

My Blog List