AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 22 November 2011

GiveAway by Comel Lote Collections

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://tintacomellote.blogspot.com/











Klik sini untuk sertai bersama
http://tintacomellote.blogspot.com/ blog penganjurnya
http://comellotecollection.blogspot.com/ tempat mencuci mata
Sambil bergiveaway boleh kita berbelanja..

Hadiah menarik menanti peserta
"Measure Me Up" diberi percuma
Ayuh rakan kita sertai bersama
Moga diriku beroleh kemenangan hendaknya..



Untuk memeriahkan acara bag Angry bird kegemaran ramai ini bakal menjadi milik peserta bertuah


Terdapat dalam 5 corak menarik, mengukur ketinggian sehingga 140cm;
Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Penganjur pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...



Assalamualaikum pembuka kata
Buat Wan Anie yang manis wajahnya
Salam perkenalan ikhlas dari Nida
Meramaikan kenalan dan juga saudara..:)

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)

 Tinta Comellote nama blognya
Comel Lote Collections pula nama blogshopnya
Seorang usahawan yang gigih orangnya
Juga ibu buat permata hatinya..:)



Set E - Kitchen Set
Retail RM100
Wholesale RM60 x 4pcs
RM55 x 8pcs



Kini daku punya tiga puteri
Pasti mereka gembira sekali
Andai mainan ini menjadi realiti
Seronok sakan  riang di hati.

Bermain masak-masak hobi mereka
Kadang-kadang habis periukku menjadi mangsa
Andai mainan ini di depan mata.
Siang dan malam bermain sentiasa,

Lagipun mainan ini sesuai untuk anak perempuanku
Boleh belajar masak diwaktu muda
Bila dah besar senanglah daku hendaknya
Tukang masak ramai ibu pun rileks sahaja.

Kualiti barangnya buatku teruja
Selamat buat anak-anak pastinya
Warnanya juga amat-amat mempesona
Si kecil riang ibu pun gembira. 




Tinta Comellote pelbagai cerita
Berkongsi kisah suka dan duka
Bersama teman dan juga keluarga
Menjadi catatan dalam blognya.

Pelbagai tips dikongsi juga
Buat semua para pembaca
Aneka info menjadi sajiannya
Maklumat berguna buat pembaca.




Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di Comel Lote Collections ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Aneka barangan di depan mata...:)

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai barangan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Pelbagai peringkat usia boleh mendapatkan..:)


Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai barangan tersedia
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Harga juga berpatutan adanya
Kualiti barangan menjadi jaminannya
Namun banyak lagi pilihan yang ada
Ini cuma sebahagian sahaja
Kalau tak percaya ke Comel Lote Collections ayuh semua...


(Klik "play" untuk melihatnya)


Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan pilihlah sahaja
Di Comel Lote Collections tempat berbelanja!!!


Banyak lagi barang jualannya
Aneka saiz, bentuk dan warna
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)
Semuanya cantik memikat mata
Apalagi ayuh kita membelinya
Ku sediakan juga bagaimana cara
Untuk melihat koleksi Puan Anie kita.
Klik sahaja FB yang tertera
Ke Comel Lote Collections ayuh ke sana 
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya.

Kusertakan juga info FBnya
Sebagai bacaan buat semua
Moga usaha ini membantu hendaknya
Mengembangkan perniagaan Anie di sana.

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Maklumat dirinya turut ku selitkan
Agar dapat kita berkenalan
Sejarah dirinya menjadi catatan
Kisah bermulanya dunia perniagaan.


Bagi untuk menyenangkan pelanggan
Pelbagai penerangan telah disediakan
Keterangannya jelas memudahkan pelanggan
Agar terjawab segala persoalan .


Namun andai ada persoalan di jiwa
Atau masalah yang ingin ditanya
Pelbagai pilihan kini tersedia 
Email atau SMS sahaja pada Anie di sana.

 Bila sudah  cari barangan yang berkenan
Pertanyaan juga sudah diusulkan
Langkah seterusnya membuat tempahan
Segalanya maklumat turut kusertakan
Juga contoh borang tempahan
Pelbagai cara boleh membuat pembelian
Lihatlah sahaja contoh yang ku berikan.


Kini tiba membuat pembayaran
Agar dapat barangan yang dihajatkan
Melalui internet pun dah boleh buat bayaran
Klik sahaja produk yang berkenan
Sambil mencari info barangan
Bila sudah ditetapkan keputusan
Bayaran online boleh dilakukan
Namun andai tiada talian internet dibekalkan
Ke bank atau ke mesin ATM juga boleh berurusan.


Testimoni pelanggan sebagai bukti
Urusan perniagaannya telah disenangi
Pelanggan suka Anie pun gembira sekali
Perkhidmatan cekap pelanggan puas hati.


Di mudah.my juga terdapat barangannya
Melebarkan sayap perniagaan miliknya
Membeli belah di alam maya
Mudah, senang dimana sahaja.


Di dalam media turut dipaparkan
Tentang surirumah bersama blog niaganya
Kisah dirinya dan juga perniagaan
Dalam membantu ekonomi keluarga.


 






Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)




3 comments:

Wan Anie said...

Puan Nida,

Terima kasih atas entry yang panjang lebar ini, tersenyum saya membacanya... sungguh kreatif.

Semoga berjaya, terima kasih.

Unknown said...

singgah sini.. baca n3.. gud luck..

rajin nya buat pjg lebar.. :D

kakyong ni direct to the point jer.. hehhehe..

Nida said...

Sekadar mencuba yg termampu... moga ada rezeki anak-anak :)

My Blog List