AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 14 November 2011

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE


Syaratnya mudah tidak membebankan
Klik sini untuk lihat peraturan.


Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)






HADIAH-HADIAH UNTUK GA NI : 


GA1
Piring bertangkai berukuran diameter 9 inci , cantik ni boleh susun kuih-muih atau cupcake .


GA2
  Lapik periuk melamin ukuran 12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.




GA3
 1 biji piring bujur melamin berkualiti -12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.


GA4
 Lapik periuk melamin ukuran 12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.




GA5
1 biji piring bujur melamin berkualiti -12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.



GA6
Buku resepi 

Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Ayuh semua bertindak segera
Sementara masih ada lagi masa..:)




GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE


17 November 2011

Kak Nannie empunya gerangan
Seorang insan yang punya kelebihan
Ilmu masakan sama dikongsikan
Buat pembaca sebagai rujukan.


Gambar masakan turut menghiasi
Semuanya sedap tiada terperi
Nampak lazat menawan hati.
  

Pelbagai resipi yang enak-enak belaka
Siapa melihat terliur dibuatnya
Perut yang kenyang pasti lapar semula.


Pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik belaka
Nostalgia lama pasti terkenang semula
Apalagi semua ayuhlah ke sana.


Di Nannie's Passion pelbagai cerita
Kisah hobi dan juga jahitannya
Tentang minat Kak Nannie kita
Di blog ini tersingkap segala.


Tahniah buat Kak Nannie di sana
Atas info dan juga ilmu
Moga terus menabur jasa
Buat kami pembaca blogmu.

Semoga Kak Nannie berbahagia hendaknya
Bersama keluarga dan juga teman
Berterusan dilimpahkan rezeki olehNYA
Usaha dan doa sentiasa beriringan.


Akhir sekali dari Nida di sini
Salam perkenalan tulus diucapkan
Moga menjadi usahawan disegani
Berjaya dalam apa jua lapangan.

Tag:


No comments:

My Blog List