AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 17 November 2011

Ketelusan Dalam Mengadili Pertandingan

Tak tahu nak mulakan ayat bagaimana, tak mahulah ayat yang berbentuk agak panas, biarlah sinis namun berbekas di hati (boleh gitu?).

Aku tahu mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang kurang atau tidak bersetuju dengan pandangan aku. Biasalah manusia rambut sama hitam tapi hati hanya Allah yang tahu. Sudah lama aku berkecimpung dalam arena CGL ini, dan aku rasa akulah antara orang yang paling awal membuka blog lain khas untuk CGL ini sahaja. Blog CGL aku ditubuhkan pada 24 April 2009, pada masa tu blog aku  tu di link along-nidar.blogspot.com. Ketika itu era Mama Zharfan, Anin, Zaikulim, Tiefazatie dan beberapa nama lagi yang aku dah lupa. kemudian setelah setahun berkecimpung dalam dunia kontes montes ini aku bersara selama hampir setahun atas alasan peribadi.. dan pada bulan pertengahan tahun ini aku menyambung balik namun tidak seaktif semasa pembabitan aku mula-mula dulu, maklumlah anak-anak dah semakin membesar... kerja sekolah dan study mereka perlu dipantau.

kenapa aku bercerita tentang sejarah pembabitan aku ini, sebabnya sepanjang dalam tempoh itu.. aku dah jumpa pelbagai ragam penganjur dan peserta. Kadang-kadang ada yang telus dan kadang-kadang ada yang buat sakit hati... aku sakit hati bukan sebab aku kalah ye, tidak sama sekali. Aku sebagai seorang ibu, seorang guru malah beberapa kali menjadi hakim pantun diperingkat negeri mahupun kebangsaan amat-amat faham apa maksud KETELUSAN itu. Keadilan itu sangat-sangat dituntut dalam mengadili sesuatu, dan seandainya tak mampu untuk berlaku adil dan telus tak usahlah mengadakan pertandingan kerana pasti ada hati-hati yang terluka... Kadang-kadang syarat kata entri kreatif.. tuptup pemenang dilipih akhirnya melalui undian, hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....  Anda semua fikirlah sendiri seandainya anda ditempat peserta yang dah berjam-jam lamanya mengadap komputer untuk membina sebuah entri yang terbaik. 

Aku ulangsuara ye, aku tidak bermaksud pada diriku dan luahan ini bukannya kerana aku kalah, tulisan ini adalah untuk mengingatkan para penganjur di luar sana agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pilihlah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, tak kiralah siapa pun pemenangnya, namun pemenang itu memang berhak untuk menang. Letakkanlah ianya pada tempatnya.....

Itu tentang ketelusan, ada beberapa penganjur yang pada awalnya menyediakan hadiah yang pada aku memang "grand".. cth duit RM100 kalau menang.. jadi ramailah yang masuk, akhirnya tunggu punya tunggu bila result nak umum tuptup penganjur dah "remove"kan blognya, penganjur begini memang bakal dapat sumpah seranah ler jawabnya dari peserta-peserta (ingat doa orang yang teraniaya didengar olehNYA).

Ada juga penganjur yang anjur kontes tapi bila part pilih pemenang pilih rakan-rakan baik mereka, part ni aku rasa memanglah "jahat" penganjur tu. Kalau beginilah caranya baik ler terus je bagi hadiah tu pada kawan hang, tak perlulah nak buat kontes kalau dah tahu pemenangnya siapa sebelum tarikh tutup.. aiyooooo, memang sakit hati.

Penganjur seterusnya ialah penganjur yang tak belek entri peserta mengikut syarat atau tidak, kemudian decline peserta tu sebab alasan tak cukup syarat, walhal salah penganjur tu sendiri. Kesian pada peserta tu....

Sebenarnya ramai lagi jenis penganjur-penganjur yang jenis tangkap muat ni.... ini adalah laluan pengalaman aku selama berkecimpung dalam arena CGL ni. Namun aku tak nafikan ramai penganjur di luar sana yang sangat bagus, telus dan teliti dalam memilih pemenang. Andai aku menang, Alhamdulillah dan andai aku kalah aku puas hati kerana penganjur ini telah melakukan amanah mereka dengan baik. Cara mereka mengadili memang profesioanal dan tiada istilah "pilih kasih"...tahniah buat mereka.

Aku tahu akan ada insan yang mempersendakan atau ada yang akan mengambil inisiatif atas apa yang aku tulis ini. Walaupun ia nampak kecil, namun hakikat menjalankan amanah dan berlaku adil tu memang amat payah, dan semoga tulisan aku ini mampu membuka mata penganjur-penganjur CGL di luar sama untuk menjadi hakim yang lebih baik, ingatlah bahawa Allah itu Maha Melihat setiap apa yang dilakukan. Andai kita berlaku adil dan telus, maka itulah yang akan kita dapat suatu masa nanti, namun andai sebaliknya.. maka tunggulah balasan atas apa yang pernah kita lakukan. Aku sekadar ingat mengingati, kadang-kadang aku juga alpa... tulisan ini juga buat aku andai suatu masa nanti aku bakal menganjurkan CGL lagi..Insya Allah.

Maaf andai ada terguris rasa, dan aku menulis buat semua dan umum... bukan untuk memerli sesiapa namun andai ada yang terasa mungkin ada sesuatu yang berlaku padanya.. bak kata pepatah siapa makan cili, dia terasa pedas. Jadi kalau anda bukan dalam golongan di atas tak perlulah rasa pedas... 

Akhir sekali aku ulang ayat aku semula " luahan ini bukannya kerana aku kalah atau aku yang patut menang, tulisan ini adalah untuk mengingatkan para penganjur di luar sana agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pilihlah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, tak kiralah siapa pun pemenangnya, namun pemenang itu memang berhak untu menang", kerana yang kecil itulah yang signifikan.

Wallahualam.

2 comments:

Spanar Buruk said...

tq kak entry ni..bljr dari kesilapan dan tak nak mengulanginya lgi..

Nida said...

Baguslah... moga tidak melakukan kesilapan yang sama agar tiada lagi hati yang terluka..

My Blog List