AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 22 November 2011

LcA first give away...!!!!!!

Klik gambar di atas untuk sertai.
Salam perkenalan Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)



LcA first give away...!!!!!!


30 November 2011


Rambang mata apabila melihatkan
Pelbagai warna dan bentuk digayakan
Semuanya cantik buat pelanggan tertawan
Kemas buatannya indah ciptaan
Sungguh kreatif empunya gerangan
Wanita gigih sebagai teladan.
Kualiti barangan buat pelanggan teruja
Harganya pasti menawan semua
Kalau tak percaya ayuhlah ke sana
Ku yakin pasti pelanggan tergoda
Melihat hasil dari blog  LcA 
Boleh juga dibuat cenderamata
Dan juga kegunaan sendiri tentunya
Pasti penerima riang gembira
Dapat hadiah yang terpaut di mata
Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Pilih sahaja yang mana suka
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka
Ini pujian ikhlas di dada
Buat dirimu yang kreatif orangnya
Kagum diriku melihat bakatnya
Anugerah Ilahi yang tiada ternilai harganya
Tahniah buat  LcA di sana
Atas usaha dan penat lelah tentunya..




Bismillah kata Nida mulakan
Selamat Hari Lahir Nida ucapkan
Dilimpahkan rezeki dan umur berpanjangan
Dalam beribadat kepada Tuhan..:)

Doa Nida agar kalian berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Disinari hidup dengan iman dan takwa
Dilindungi Ilahi rahmat berpanjangan.

Terimalah sajak yang dikarang oleh Nida sendiri...






 Akhir sekali ucapan dari Nida selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat mak Aya@Ummi, semoga senantiasa dalam lindungan Ilahi dan dipanjangkan usia dalam beribadat kepadaNYA..ameeeeennn, Insya Allah.

1 comment:

Unknown said...

thanks for join n 4 such a lovely poem...gud luck...

My Blog List