Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://puterihati.blogspot.com/
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Pasti CPB gembira sakan
Melihat GAnya dapat sambutan
Disamping boleh juga kita berkenalan
Menambah kenalan dalam kehidupan...:)
Syarat - syarat penyertaan :
1. Engkau mestilah mempunyai blog.
2. Engkau mestilah follower blog ini.
3. Engkau mestilah warganegara Malaysia (HAHA)
4. Engkau mestilah suka mandi pagi. (KEHKEH guraulah gurau!)
Ku edit entri madah selingan
Moga-moga beroleh kemenangan
Untuk keluarga rezeki diperjuangkan
Moga ianya menawan CPB diharapkan.
Gelaran CPB nama samaran
http://puterihati.blogspot.com/ blog kesayangan
Orangnya cantik manis senyuman
http://puterihati.blogspot.com/ blog kesayangan
Orangnya cantik manis senyuman
Bahagia bersama keluarga kesayangan..:)
Dalam kita mengejar cecita
Usaha dan doa perlu bersama
Rajin dan tekun itu yang utama
Kepada Ilahi doa tak lupa..:)
Kak Nida doakan buat CPB sekeluarga
Moga ceria setiap masa
Namun andai dugaan menimpa
Tabah dan sabar dan perlulah redha..:)
Pantang berundur sebelum berjuang
Andai jatuh bangkitlah wahai pejuang
Susun strategi, akal sebagai tunjang
Teruslah melangkah di medan juang..:)
Wah.. sungguh berani aku mengkritik..muahahahaaha. Tapi sebab hadiahnya, adeiii menyentap sukma menawan kalbu, menusuk jantung menghiris hati.. jadi aku pun dengan langkah ala-ala pendekar gitu tampil untuk berjuang dengan beraninya... moga-moga menanglah hendaknya..:)
Ringkas, tak serabut, comel, feminin, tengok header pun tahu blog ini wanita yang empunya... kemudian Kak Nida suka kasut dengan handbag tu, nampak sangat matching je. Sekali imbas lihat header tu nampak tuan punya blog pasti seorang yang mementingkan penampilan diri dan mesti vogue gitu.
tetapi.........
Amatlah tidak kena apabila tajuk header ditulis "cik puan bunga", tapi gambar lain yang dimuatkan... Alangkah bagusnya kalau diletakkan gambar bunga di situ, baru sesuai gitu. Ni kalau tajuk header "cik puan kasut dan tas tangan" lagi sesuai kot...
Satu gadget yang sangat bagus untuk diletakkan sebabnya dapat menarik jumlah pengikut mengikuti blog CPB. Disamping itu boleh juga berkenalan dengan follower-followr yang ada...
tetapi.........
Ruangan follower sepatutnya diletakkan dibahagian atas bagi memudahkan pembaca menjadi follower blog CPB. Jadi tak perlulah pembaca tercari-cari dimana nak ikut blog ni.
Memang wajib ada, sebab mudah nak tinggal pesan. Tauke blogshop mudah nak iklan barang mereka, jadi bolehlah juga membantu usahawan Melayu untuk mengembangkan sayap perniagaan. Bagi mereka yang nak cepat pun mudah meninggalkan pesan, so tak perlulah nak sign in dulu baru boleh bagi komen...
tetapi.........
Kenapa kontot je ruangan shoutbox ni ek. Kak Nida ada tinggal pesanan, tapi mana pesanan itu diletakkan.. aiyoooo... konpius makcik.
Kak Nida rasa blog CPB pasti lagi ngetop dan lebih kemas andai dapat diletakkan ruangan shoutbox yang tersembunyi seperti contoh di bawah.
Di sini Kak Nida sertakan sekali bagaimana sembunyikan shoutbox blog. Klik sini untuk melihat tutorialnya.
Puas juga Kak Nida cari ruangan FB atau Twitter CPB dalam blog. Nak juga berkenalan dengan tuan tanah ni, tapi tak jumpa... jadi apa kata kalau dapat diwujudkan gadget ni, bolehlah juga menambah kenalan alam maya.
Tapi andai CPB taknak menserabutkan blog, buat je dalam bentuk floating.. bukan susah pun, ni Kak Nida sertakan tutorialnya sekali.. ikut je.
Bagi tutorial untuk buat floating ikon seperti di atas, CPB boleh klik sini.
No komen bab ni, sebab memang superb.. entri pun banyak. Tips dan cerita keluarga pun ada... semualah ada... pendek kata macam-macam ada.
tetapi.........
Kak Nida rasa sesetangah entri tu macam tak menarik sebab kebanyakan entri tiada ilustrasi@gambar yang diselitkan. Gambar google pun dah ok, tapi kalau karangan semata-mata letih juga otak membacanya sebab tiada bahan untuk senaman mata.
Warna pink yang melatari memang sesuai dengan tema blog .geek in the pink. .Warnanya latar yang lembut dan selesa dipandang mata, juga sesuai dengan ciri-ciri kewanitaan.
tetapi.........
Rasa macam ada yang tidak kena dengan corak "love" tu, sebabnya blog ini empunya gerangan dipanggil "Cik puan bunga" tapi bentuk heart yang banyak. Seelok-eloknya tukarlah bentuk tu ke bentuk bunga, barulah nampak ala-ala sirih pulang ke gagang gitu.
Contoh template yang berkisar tentang bunga di sini.
Ruangan yang kebanyakan blog mesti ada. Gadget ini perlu diletakkan sebab senang nak tahu entri terbaru dari rakan-rakan atau saudara mara. Secara tak langsung boleh juga berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang blog lain yang kita baca. Idea meletakkan "family on board" tu memang berkesan untuk memperkenalkan blog mereka kepada pembaca CPB.
tetapi.........
Nampak macam kurang menarik tanpa thumbnail(gambar) atau tajuk terkini yang di'update' pada senarai blog dalam bloglist CPB tu. Kelihatan seperti kosong tanpa tajuk terkini, lagipun bagaimana pembaca untuk mengetahui perkembangan terkini pada setiap blog berkenaan andai hanya nama blog yang diletakkan.
Seperkara lagi, di blog CPB tiada ruangan bloglist untuk rakan-rakan ye. Pendapat Kak Nida eloklah diwujudkan bagi menghargai rakan-rakan yang selalu datang berkunjung, dan kalau lagi baik adakan juga ruangan bloglist untuk "shopping", ruangan blog info serta maklumat dan sebagainya.
Gambar perkahwinan yang diletakkan sangat sweet. Nampak romantik gitu. Info ringkas mengenai tuan tanah juga amat-amat membantu pembaca untuk mengenali serba sedikit tentang tuan tanah.
Banner blog juga sangat menarik dan unik. Kak Nida lihat pun tersenyum sendiri, sebab memang nampak poyo dan cute sesangat.
tetapi.........
Kabiasaannya orang meletak banner blog di bahagian atas sekali, ini kerana memudahkan pembaca andai hendak bertukar banner blog, dan banner ini umpama tuan tanah yang menyambut tetamunya, dan sudah semestilah penyambut tetamu perlu diletakkan dibahagian paling atas sidebar blog.. barulah kena pada tempatnya.
Eloklah diletakkan gadget ni dalam blog CPB sebabnya blog CPB ni ramai pembacanya, jadi bolehlah tuan punya blog tahu berapa ramai yang sedang menyekodengnya ketika itu.
tetapi.........
Rasanya gadget ni tak berapa penting kalau nak letak di sidebar. Jadi letak je ler di tepi, kemas pun kemas.. contoh macam bawah ni...
Kalu berkenan dengan cara di atas klik sini ye.
Penutup entri yang sangat cute dan menarik, juga penghargaan buat pembaca yang telah habis membaca tulisan dalam entri CPB.
tetapi.........
Kalau gambar doodle tu dapat ditukar kepada gambar muka tuan tanah mesti lagi mantap lagi ngetop gitu.
Memang sangat kemas dan tahniah. Suka sangat bila ada blog buat begini, sebab sangat mudah nak cari maklumat dan nak lihat latar belakang empunya blog.
tetapi.........
Adeiiii, serius Kak Nida bagitahu bahawa bila membaca tulisan pada kotak-kotak tu, mata akak jadi pedih sebab warna tulisan merah tidak sesuai dengan warna background yang agak terang tu. Saiz tulisan yang kecil juga memedihkan mata yang membacanya. Jadi akak rasa warna tulisan tu boleh tukar pada warna hitam dan saiz tulisan mungkin boleh diperbesarkan sedikit atau di'bold'kan.
Cloud Tag
Seperkara lagi, setiap entri adalah perlu untuk ditag. Ini bagi memudahkan pencarian entri suatu masa nanti oleh CPB. Jadi Kak Nida cadangkan andai CPB boleh buat tag cloud seperti contoh di atas.
Kalau ada memang sangat mudah untuk kami ni pembaca nak cari maklumat.
Klik sini untuk lihat tutorialnya.
FB Fan Page
CPB juga boleh letak FB Fan Page bagi mengumpul lebih ramai lagi pengikut blog CPB, dan melalui ini juga pengikut CPB dapat mengetahui perkembangan dan entri terbaru dalam blog CPB.
Rugi rasanya sebab blog CPB dah ada ramai follower, tapi tiada Fan Page... isssshhhh kena buat tu.
Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.
(sumber Kak Nida ambil dari sini)
Suka sesangat-sangatnya yang amat sangat pada entri yang bertajuk Cik Puan Bunga (pelajar-pelajar dilarang menggunakan perkataan ini ye).
Alasannya:
1. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, tu yang Kak Nida suka pada entri ni, sebab dapatlah kenal tuan punya blog yang cute lagi comel gitu.
2. Biasanya entri pertama ni entri yang punya kenangan tersendiri, maklumlah entri pertama dalam blog yang ditulis oleh tuan tanah. Jadi kebiasaannya entri pertama ni ditulis dengan hati yang jujur, tu yang Kak Nida suka membaca entri ni... rasa baca pun penuh dengan kejujuran dan keihlasan di hati (jiwang sungguh ayatku ini).
3. Suka tengok wajah baby dalam entri ini.. tenang je nampaknya.. ini yang membuatkan Kak Nida nak tambah baby lagi ni..hehe poyo. Wajah sang suami CPB pun hensem sesangat (jangan bimbang akak takkan ngurat...)..hehe.
Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida. Andai ada terkasar bahasa, Kak Nida menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata.
Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubariku
Hadiah menarik buruanku kini
Buat keluarga itulah niatku.
Tersalah bicara ampun ku pinta
Sekadar mencuba apa yang termampu
Ku edit entri, tutorial tak lupa
Moga ianya dapat membantu.
Akhir sekali salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat CPB moga ukhuwah berpanjangan
Menambah rakan dan juga kenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.
Tag:
2 comments:
Thanks sis! ^___^
Kreatif betul kritikan ni! Suka! Effort yang sungguh memberangsangkan! Yayyy!
Goodluck! ^____^
kreatif ke? hehe. Kembang dah montot ni...
Post a Comment