AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 14 November 2011

SweeT Mem0rieS ConTest by Mimie

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

HADIAH




Inilah gambar kenangan terindah kami sekeluarga ketika bercuti...


Nama:
Nama ahli keluargaku dari kiri: Anak sulungku Kakak Mizah, anak keduaku Akak Azi, suami tercinta Mohd Hanafiah, si kecilku adik Anis dan tentulah diriku yang terakhir sekali.. Nida.

Tarikh:
25 Disember 2009

Tempat:
Shakespear Regional Park, New Zealand.

Peristiwa:

Percutian tanpa gambar ibarat lagu tanpa irama. Jadi sempena percutian kami ke Shakespear Regional Park, maka sudah tentulah kami tidak akan melepaskan peluang bergambar dan berposing, ditambah pula pemandangan persekitaran yang sungguh cantik dan indah.. Subhanallah, Maha Besar Allah, langit yang membiru, alam yang menghijau dan lautan yang terbentang luas sungguh menyejukkan mata yang melihat dan menenangkan jiwa yang menghayati.

Di Shakespear Regional Park ini terdapat beberapa tempat yang menarik, di sini ada air terjun, pantai, bukit yang hijau beserta kambing-kambing yang meragut rumput, dan yang paling seronok sekali, di sini juga kita boleh kutip kerang. Punyalah banyak kerang yang telah dikutip oleh kami sehingga tak muat beg plastik..hehe. 

Ketika kali pertama menjejakkan kaki di sini, mulut terus terucap perkataan "Subhanallah... sangat-sangat cantik". Kebiruan air laut, kehijauan alam, kejernihan air menyebabkan seolah-olah kami berada di syurga dunia milikNya. Alam semulajadinya tidak terusik, malah tiada satu pun rumah atau chalet yang didirikan di sini. Ketika ini anak-anak paling seronok kerana dapat mandi manda di laut yang cukup bersih dan  kemudian kami beramai-ramai mengejar kambing di atas bukit. Sungguh mengujakan dan menyeronokkan bila dapat dilakukan bersama-sama keluarga.

Apabila aku melihat gambar ini kembali, pasti senyuman akan menguntum dibibirku. Setiap satu punya cerita yang berbeza, Kakak Mizah memang suka menonton America's Next Top Model, itu yang bila bergambar gaya pun dah macam supermodel. Anak keduaku pula ni sebenarnya takut jatuh, tu yang peluk sakan si abahnya, yang paling lucu suamikulah, ada ke bergambar kaki tersangkut ke bawah..hehe, alkisahnya suamiku ini gayat orangnya, tu yang bergambar tak berdiri dan kaki memang sengaja dijuntaikan ke bawah.. ala-ala penakut juga macam Akak Azi, kemudian gambar si kecil kami, Anis, ini menurun dari genetik suamiku, jenis gayat.. sebab itu yang menangis bila kena berdiri atas palang... "nak turun... nak turun.. Anis takut.uwaaa." begitulah ayatnya ketika itu, dan yang terakhir ialah aku, gaya top supermodel yang dah pencen. Jika diamati betul-betul, hanya anak pertama yang menurun bakaku, selebihnya 

Gambar ini diambil secara tergesa-gesa oleh rakan kami, tidak sempat untuk kami berposing betul-betul, kira macam candid jugalah. Tak sempat kami nak memujuk dan menenangkan anak-anak, terus disnap. Maka terhasillah gambar yang punya pelbagai gaya, pelbagai cerita, sungguh melucukan apabila dikenangkan kembali dan yang paling penting keindahan alam yang melatari gambar ini menyebabkan gambar ini sangat menarik dan punya seribu satu kenangan untuk dihayati kembali.

 Sebenarnya niat asal kami semuanya akan berdiri di atas palang tersebut, tiada adegan menangis mahupun berpeluk, tapi 'cool' juga gambar yang tidak sempat dirancang ini.....ikut baka si abah..hehe..


Sesungguhnya inilah kenangan terindah kami sekeluarga dalam menikmati keindahan alam dan juga bergembira bersama keluarga... syukur atas peluang yang diberikan.

Kenangan terindah bersama keluarga
Bersama-sama pergi bercuti
Indahnya alam memikat mata
Aksi keluarga mencuit hati...:)

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga punya rezeki
Harap gambar menawan juri
Kisah percutian untuk dikongsi..:)


2 comments:

mimie.. said...

bestnyeee pegi new zealand...bila lah sy dapat jejakkan kaki ke negara org nih huhu :(
neway thanks join sis..cantik sgt gambar tu..gudluck keyh ^_^

Nida said...

Terima kasih Mimie...

Insya Allah sekarang ni mudah, Air Asia ada, Jet Star ada.. murah.

p/s: Moga ada rezeki Kak Nida.. ameeeennn

My Blog List