AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 20 December 2011

1st GA HAPPY BIRTHDAY MAS BY MASDURANISAQASEH

Klik banner untuk sertai.

Selamat ulang tahun kelahiran Nida ucapkan
Buat Mas yang manis senyuman
Moga tercapai segala impian
Kepada Tuhan doa berpanjangan
Usaha juga perlu berkekalan..:)



Terimalah ucapan ini dariku untukmu.


Terimalah juga kad ikhlas dariku
Nida nukilkan sajak khas buatmu Mas.... terimalah madahku yang terzahir atas apa yang dirasa dibenak hati sempena ulang tahun kelahiranmu...



Dalam melayari bahtera kehidupan
adakala dugaan datang menjengah
tabah dan sedia hadapi segala
kuatkan semangat kental di jiwa..
Adakala kita jatuh dalam berjuang
bangkit kembali mencari arah
usah duka dibiar bertapa
kelak punah masa hadapan..

Adakala gembira datang bertandang
biar dimana puncak berada
biar setinggi mana jawatan
jangan lupa pandang ke bawah
ingat setiap detik masa dilalui
setiap pengorbanan insan yang lain
agar tidak lupa daratan
agar diri terus disayangi..

Akhir sekali dari sahabat mayamu
selamat ulangtahun kelahiran kuucapkan
Moga terus dilimpahkan rezeki
Moga dipermudahkan segala rancangan
Moga terus dipanjangkan umur dalam beribadat kepadaNya..
Insya Allah..
(sajak di atas dikarang dan ditulis sendiri oleh Nida..)


Bersajak sudah kini giliranku mengarang syair buat mu..




Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah  coretan ikhlas dariku
Padamu Mas ceria selalu


Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Kudoakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

Dakilah ke puncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha

Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Bayangan silam dikenang usah
Andai ianya mengundang gundah


Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini kukarangkan pantun pula buatmu....





Dialam maya kita bertemu
Moga berjumpa di alam realiti
Ikatan persaudaraan bersimpul padu
Semoga kekal lestari abadi

Madah ku garap coretan ku nukilkan
Harap ada rezeki untukku menangi
Marilah sertai ayuhlah kawan
Sama-sama memeriahkan giveaway ini

Andai berminat untuk sertai
Jangan malu dan juga segan
Mas gembira riangnya pasti
Melihat ramai yang masuk pertandingan


Lagu Selamat Hari Lahir ini Nida tujukan Khas buatmu, Mas:


Selamat Hari Lahir



Artist: Saujana

Song Category: Nasyid


Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan

Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
Akhir sekali doa Nida buat Mas, moga dipanjangkan umur beribadat kepada Tuhan, dilimpahkan rezeki berpanjangan dan bahagia bersama insan-insan tersayang... ameeeennn.



Tag buat:


No comments:

My Blog List