AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 7 December 2011

4th Anniversary..Doakan kami Bahagia

Klik banner untuk sertai.


Cadangan Dariku:

RayBan RB4075

Sudah sedia maklum bahawa sinar UV semakin hari semakin tinggi dan ini amat berbahaya pada mata. Oleh itu cadangan Kak Nida buat Cik Ija, hadiah ini sangat sesuai buat suamimu memandangkan beliau juga akan terdedah pada cahaya matahari. Ini juga tanda Cik Ija sayangkan kesihatan suami... dan kalau boleh cari yang ada filter untuk UV... :)






Usia perkahwinannya sudah menjangkau empat tahun. Dalam empat tahun mengemudi bahtera perkahwinan, pasti pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi.... tahniah buatmu Cik Ija dan suami, lantaran berjaya menempuh badai gelombang dalam mencari rahmat Ilahi untuk sebuah perkahwinan yang abadi..


Ku karang madah khas buatmu Cik Ija dan juga suami sempena ulang tahun perkahwinanmu...

Adat berumah tangga
pasti ada yang terguris rasa
dalam merencanakan sebuah kehidupan
bukan mudah yang disangka
perlu pengorbanan yang bertakhta
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
perlu sabar dalam meniti
perlu faham segenap segi
Insya Allah bahagia menjelma selamanya..

Ku iring doa buatmu di sana
agar mendapat rahmat yang Esa
agar saling cinta menyintai
agar direstui jalinan yang bersemi
agar tabah hadapi segala
agar bahagia ke hujung nyawa
Insya Allah berkat dunia dan akhirat..ameeeeen




Sekian sahaja entriku ini
Harap-harap dapat membantu
Semoga terpikat hati juri
Moga-moga ada rezeki buatku...:)

No comments:

My Blog List