AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 7 December 2011

Andai Aku Blogger Terkenal

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh:
dan


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Hadiah menarik menjadi habuan
Moga diriku beroleh kemenangan.
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)



Hadiah menarik menjadi rebutan
Sesiapa melihat geram melihatkan
Apalagi semua ayuh sertai pertandingan
Disamping boleh juga berkenalan.

Pemenang 1- Novel pilihan anda berharga RM 40 + badge + hadiah misteri
Pemenang 2- Novel pilihan anda berharga RM 30 + badge + hadiah misteri
Pemenang 3- Novel pilihan anda berharga RM 20 + badge + hadiah misteri
Saguhati 1- Hadiah misteri + badge
Saguhati 2- Hadiah misteri + badge
Saguhati 3- Hadiah misteri + badge

Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Penganjur pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang sertai pertandingannya


Blogger terkenal tema pilihan
Ayat disusun melengkapkan karangan
Bermulalah sudah episod berangan
Kini di entri menjadi catatan...


Perlu apa untuk aku menjadi blogger yang terkenal? Apakah faedah yang akan aku perolehi hasil dari menjadi terkenal ini? Apakah untungnya? Apakah kelebihannya? Pasti semua ini bermain difikiran kita sebagai blogger yang tidak berapa famous. Setelah aku mengkaji dan membuat kajian tentang faedah dan kelebihan menjadi blogger yang famous ini, maka inilah hasil dapatan aku...


Jadi kita mula kupas isu ini satu persatu agar ianya nampak lebih jelas. Insya Allah aku akan cuba yang terbaik dalam menyusun ayat agar ianya mudah difahami..:)

Berkongsi Minat
Apabila aku menjadi menjadi blogger terkenal sudah pasti entriku akan dibaca oleh jutaan pembaca. Pada masa yang sama mungkin akan ada persamaan minat dengan pembacaku yang setia. Sebagai contoh minatku dalam dunia fotografi, dan sudah pasti akan ada pembaca yang punya minat dan hobi yang sama. Ini secara tidak langsung aku dapat bertukar pendapat, pandangan dan tips dengan pakar-pakar fotografi di luar sana, maklumlah blog aku akan dibaca oleh semua lapisan masyarakat termasuklah dari pakar-pakar dalam pelbagai aspek.

Gathering
Seronoknya bila aku dah jadi terkenal ini kerana pasti aku sudah punya pengikut yang setia. Pasti ramai yang ingin berjumpa dan bertanyakan rahsia kejayaan aku dalam dunia blogging.  Jadi perancangan aku ialah aku akan adakan "gathering" buat semua pembaca blogku, misi utamanya ialah selain daripada berkenalan dan bersua muka, aku juga dapat berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan pembaca blogku. Pasti meriah "gathering' itu nanti, maklumlah bila dah famous pasti ramai yang ingin berkenalan.

"Update" Entri
Apabila sudah terkenal, pasti tulisanku akan dinanti oleh ramai pembaca blogku. Maka secara tidak langsung aku akan sentiasa meng"update" entri agar pembaca terus setia dengan blogku dan membaca setiap karangan mahupun apa jua gambar yang bakal dimuatkan dalam entriku. Setiap komen yang diberi akan dijawab dengan seikhlasnya olehku. Tanpa pembaca apalah ertinya sebuah blog, jadi bila dah terkenal tidak perlulah lagi aku bersusah payah memperkenalkan blog aku dengan cara ber'blogwalking" kerana pembaca sendiri yang akan datang membaca blog aku itu nanti.

Tutorial Subjek
Aku selaku guru juga akan menyediakan satu ruang khas bagi menyampaikan ilmu yang aku ada buat para pelajar. Pelbagai tutorial dan soalan yang berkaitan dengan subjekku (Sains Dan Biologi) akan aku muatkan dalam blogku secara tidak langsung ianya juga akan menarik golongan pelajar untuk terus setia bersama blogku. Malah bukan sahaja pelajar yang akan dapat manfaat darinya, bahkan para guru dan ibubapa juga boleh mendapat faedah dari tutorial dan soalan yang aku muatkan itu. Aku akan pastikan blog aku adalah sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan masyarakat... Insya Allah

Peluang Perniagaan
Andai sudah terkenal pasti ramai juga ahli perniagaan yang ingin agar aku meng"review'  atau meletakkan banner iklan blog mereka dalam blogku. Secara tidak langsung imbuhan@tips untukku juga pasti ada. Seperkara lagi bila sudah terkenal, mudahlah bagi aku andai ingin menjual apa-apa barangan dalam blog (blogshop) kerana ramai pembacaku yang akan membeli barangan yang dijual malah mungkin mereka juga turut mengiklankan produk aku dalam blog mereka.

Kempen Kesedaran
Akan aku masukkan kempen-kempen kesedaran dalam entriku agar dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Harapanku agar setiap tulisan dalam kempen yang aku masukkan itu dapat disampaikan oleh pembacaku buat semua masyarakat di luar sana. Aku juga akan membantu insan yang memerlukan pertolongan seperti pesakit yang memerlukan wang untuk membayar kos rawatan mereka dengan membuat entri khas buat mereka, pasti ramai yang akan bersimpati dan cuba menghulurkan bantuan setelah membaca kisah yang dipaparkan dalam blog aku. Mudah-mudahan pertolongan yang kecil ini dapat memberikan impak yang besar buat mereka yang memerlukan bantuan.. Insya Allah.

Wadah Ilmu Dan Informasi
Bila sudah terkenal, aku akan jadikan blog aku sebagai salah satu tempat perkongsian ilmu dan informasi. Aku akan pastikan bahawa pembaca akan merasakan bahawa blog aku lengkap merangkumi pelbagai aspek dan genre kehidupan. Jadi aku akan menyediakan yang terbaik buat pembaca-pembaca blogku agar kunjungan mereka ke blogku adalah berbaloi. Bila sudah menjadi blogger terkenal serba serbinya perlulah dijaga termasuklah cara penulisan dan isu yang ingin disampaikan, kalau boleh biarlah bermanfaat untuk semua.

Menjana Pendapatan Sampingan
Apabila jumlah pembaca meningkat, pasti aku akan dapat keuntungan daripada hasil nuffnang, heartbeat atau advertlets yang diletakkan dalam blogku.Secara tidak langsung ia dapat menjana pendapatan sampingan aku.  Menjadi blogger yang terkenal sudah pasti dalam sehari beratus-ratus pembaca akan membaca atau menjengah blog aku, dan hasilnya dapatlah menambah pendapatan yang sedia ada.

Berkongsi Pengalaman
Alangkah ruginya andai pengalaman yang ada dan dicoretkan di dalam blog tidak ada yang membacanya. Jadi bila dah jadi blogger yang terkenal, pasti pengalaman aku dapat dikongsi bersama pembaca dan pasti yang ramai akan membacanya, moga-moga pengalaman yang dikongsi itu dapat dijadikan panduan buat pembaca-pembaca semua.  Kadang-kadang apabila aku bersedih dan luahan perasaan itu ditulis di dalam blog, pasti ramai pembaca yang akan memberikan kata-kata semangat buatku untuk aku kuat kembali. Maklumlah bila dah jadi blogger terkenal, setiap apa yang ditulis pasti akan mendapat respon dari pembaca-pembaca.

Adakan Pertandingan Atau Giveaway.
Bila sudah ramai pengikut mudahlah bagi aku untuk melancarkan apa-apa jua bentuk pertandingan kerana sudah pasti ramai yang akan menyertainya. Ini juga sebagai tanda penghargaan buat para pembaca yang telah menjadikan aku sebagai blogger terkenal, tanpa mereka siapalah aku...:). Di sini juga sudah pasti ramai penaja yang ingin menaja pertandingan aku itu kerana secara tak langsung mereka juga dapat manfaat dari blogku. Para penaja juga dapat memperkenalkan blog mereka kepada para peserta pertandingan. Di sini "win win situation" berlaku antara blogku dan blog para penaja, sama-sama ingin menarik bilangan pembaca dan pengikut.


Wujudkan Geng Blogger
Peminat sudah ramai, blogger yang berkongsi minat dan hobi yang sama pun dah ramai, maka langkah seterusnya ialah aku akan mewujudkan geng blogger. Pelbagai aktiviti akan aku rancang pada setiap pertemuan dengan geng-geng blogger yang telah aku bentuk ini. Satu jawatankuasa yang lengkap akan aku tubuhkan demi memastikan geng blogger yang aku bentuk ini akan sentiasa aktif dan berjalan. Antara aktiviti yang telah aku fikirkan ialah seperti melancong bersama-sama, aktiviti "outing" untuk menangkap gambar (photoshoot), sukaneka, treasure hunt dan lain-lain lagi. Aku juga akan mewujudkan kad keahlian buat ahli geng aku dan mereka akan dapat manfaat sebagai ahli kumpulan seperti, apabila berlaku sesuatu perkara yang memerlukan wang (seperti anak ingin melanjutkan pelajaran, kos pembedahan dan lain-lain), kutipan kilat akan dilakukan untuk membantu meringankan beban ahli kumpulan.

Saling Bantu-membantu
Pelbagai ranjau dan dugaan yang telah ditempuhi dalam proses menjadi blogger terkenal ini, dan pelbagai juga ilmu dan maklumat yang berguna telah dipelajari hasil daripada menjadi blogger terkenal ini. Di sini aku akan berkongsi pengalaman dan ilmu yang aku ada untuk membantu  blogger yang baru (newbie) menapak dalam dunia blog ini untuk menjadi terkenal dan dikenali. Aku akan membuat segmen khas buat mereka dan akan menjawab dengan terperinci dan jelas setiap pertanyaan yang berkaitan dengan bagaimana untuk menjadi blogger terkenal. Aku juga akan mewujudkan satu ruangan berkenalan antara blogger-blogger ini agar mereka dapat bertukar link antara satu sama lain. Di sini aku akan jadikan blog aku sebagai tempat blogger baru mencari tapak agar blog mereka dikenali oleh pembaca-pembaca. Tidak rugi berkongsi ilmu yang ada.

Inilah hasil dari beranganku, moga-moga ianya terpikat dihati dan dimata juri dan moga-moga aku beroleh kemenangan..ameeeeeeeeeennnnn. Sekadar coretan daripada hasil berangan dan pembacaan aku, mana yang baik jadikanlah teladan dan mana yang buruk buatlah penambahbaikan..:)



Sekian sahaja entriku ini
"Andai Aku Blogger Terkenal" catatan dariku
Moga-moga beroleh rezeki
Dapat hadiah menawan kalbuku.


TAG







1 comment:

Anonymous said...

tahniah kak!dapat fes prize..saya dpt kedua:)alhamdulillah..rezeki..entry akak mmg mantap!!!!ngn gmbrnya:)haha

My Blog List