Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://suzlinazreena.blogspot.com/
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)
PERATURAN
Syarat-syarat:
[#1]
Follow blog saya
[#2]
Buat satu entry bertajuk "Cik Suzlin's FIRST Giveway!" beserta banner di atas dan link kan ke entry ni.
Jangan lupa selitkan sekali kat dalam entry tu, makanan kegemaran awak.
Kalau nak bubuh resepi sekali pun boleh.
[#3]
Share entry ni kat Facebook awak and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.
ATAU
Share entry ni kat Twitter awak and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.
Tinggalkan link entry awak dekat kotak komen di bawah dan jangan lupa sertakan Facebook ID dengan Twitter URL
[#5]
Kalau baik hati: Klik mana-mana iklan nuffnang sekali, boleh?
[#6]
Tarikh Tutup 12/01/12. Pemenang akan dipilih menggunakan Random.org.
(Sumber resipi dari sini)
Bahan-bahan ( hasil lebih kurang 80 biji )
- 500 g tepung gandum
- 1/2 tin kecil minyak sapi...apa2 brand pun boleh
- marjerin secukupnya
- INTI:
- 200 g kacang tanah
- gula pasir secukup rasa
- gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih
Cara-cara
- tepung gandum disangrai, sejukkan pas tu diayak.
- masukkan kesemua minyak sapi, gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
- masukkan marjerin sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
- bulatkan atau bujurkan dan pas tu isi inti. bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
- dah masak, golekkan atas gula aising
- cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.
Biskut Makmur kuih tradisi
Sangat sedap dan enak sekali
Bersalut gula di luar kuihnya
Kacang pula di dalam intinya..:)
Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Moga impian menjadi realiti
Dapay hadiah berkenan di hati..:)
No comments:
Post a Comment