AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 12 December 2011

CONTEST : aZaM sMarT MaaL HijRaH by DRC & CTK

Klik banner untuk sertai.
Salam perkenalan Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)

HADIAH



Pemenang Utama:
Hadiah dari DRC
Wang tunai/tOpup RM 20 dari CTK
Hadiah craft dari  sweetpea
1 kotak VCO sofgel capsule dari ezzatie

Pemenang ke-2 : 
Hadiah dari DRC
Wang tunai/tOpup RM15 dari CTK 
Hadiah craft dari sweetpea
Hadiah misteri tehaa

Pemenang ke-3 : 

Wang tunai/tOpup RM10 dari CTK
Hadiah craft dari sweetpea
Hadiah misteri ezzatie

Pemenang ke-4 : 

Hadiah saguhati sweetpea
Hadiah misteri tehaa

Pemenang ke-5: 
Hadiah saguhati sweetpea
Hadiah misteri ezzatie 

disebabkan pnambahan sponsor, 
kami wujudkan Pemenang ke-6
hadiah misteri dari ezzatie
hadiah misteri dari tehaa




Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Ayuh semua bertindak segera
Sementara masih ada lagi masa..:)


dan 




CONTEST : aZaM sMarT MaaL HijRaH by DRC & CTK


13 Disember 2011

AZAMKU

Berikan 1 Azam Maal Hijrah dan sebab anda memilihnya :)

Sebenarnya banyak azam yang telah disenaraikan, namun bagi mematuhi peraturan pertandingan iaitu hanya "satu" yang perlu dipilih, maka inilah yang telah ku pilih bagi melengkapkan syarat pertandingan.

Inilah azamku... 
aku ingin mengurangkan penghantaran anak-anakku ke kelas tuisyen swasta dan azamku untuk cuba meluangkan masa mengajar mereka sendiri di rumah secara intensif dan sistematik.


-S : smart (baik/elok)
Inilah azam yang terbaik yang ingin aku berikan buat anak-anak selaku aku sebagai ibu. Aku ingin meluangkan masa melihat kelemahan mereka dalam bidang pelajaran dan aku tidak mahu menyerahkan tugas mengajar sepenuhnya pada pusat tuisyen. Namun aku tidaklah pakar dalam kesemua subjek. Insya Allah mana subjek yang boleh aku ajar akan aku ajar buat mereka. Jika sebelum ini, kami suami isteri banyak bergantung kepada pusat tuisyen untuk membantu anak-anak kami menguasai sesuatu subjek, kini azamku agar aku sendiri dapat membantu mengajar mereka dan secara tidak langsung mengambil berat tentang pelajaran mereka. Ini juga dapat mengurangkan kos upah tuisyen yang perlu dibayar, dan duit lebihan yang ada akan aku gunakan untuk membeli buku-buku latihan buat mereka.


-M : measureable (boleh diukur)
Jika sebelum ini aku menghantar mereka ke kelas tuisyen untuk empat subjek (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu), dan azamku kini, aku ingin kurangkan kepada hanya dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disebabkan aku bukanlah pakar dalam bidang tersebut, dan Insya Allah bagi subjek Matematik dan Sains aku akan cuba mengajar mereka sendiri memandangkan aku juga seorang guru Sains (di sekolah menengah).


-A : attainable (boleh dicapai)
Insya Allah azam aku ini boleh dicapai kerana pelbagai persiapan telah pun dilakukan untuk mengajar mereka seperti aku telah membeli whiteboard, buku-buku latihan terutamanya bagi subjek yang ingin aku tumpukan buat mereka dan kami suami isteri juga tidak lagi menyambung pendaftaran untuk belajar subjek Matematik dan Sains di pusat tuisyen bagi kemasukan pada tahun depan. Aku juga yakin anak-anak akan lebih selesa untuk belajar di rumah dan dipantau oleh ibu mereka sendiri secara intensif.


-R : realistic (logik/masuk akal)
Tidak ada yang mustahil untuk dilakukan andai ianya adalah sesuatu yang eksplisit dan bukannya implisit. Insya Allah dengan ilmu yang aku ada dan sokongan dari suami serta anak-anak, akan akan cuba mengubah tradisi dan cuba melakukan perubahan. Sebelum ini kami banyak bergantung pada kelas tuisyen untuk menolong anak-anakku menguasai subjek yang tidak difahami dan dirasakan sukar, dan kini aku akan cuba untuk menolong mereka secara serius, berjadual, intensif dan teratur..Insya Allah.


-T : timely (mengikut masa/tempoh)
Aku bersama-sama keluarga akan duduk berbincang dan membina jadual yang teratur untuk mereka. Masa dan hari yang diperuntukkan akan dibuat secara sistematik dan berterusan selama mereka bersekolah. Hasil daripada azam yang ingin aku laksanakan ini akan dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan mereka sama ada meningkat atau menurun. Sekiranya keputusan peperiksaan mereka menurun, "post mortem" perlu dilakukan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan terhadap azam dan cara pengajaran aku terhadap mereka.

 
Demi merealisaikan azamku itu, maka aku perlulah:
  • Pantau terhadap usaha yang telah dilakukan
  • Yakin terhadap kebolehan diri sendiri
  • Keinginan yang bersungguh-sungguh
  • Kekalkan fokus
  • Berserah dan Berdoa

2 comments:

ME CTCT said...

TAHNIAH! akak menang contest anjuran CTK & DRC...
sila bace post pasal contest tu k
semoga azam akak tercapai :)

Unknown said...

entry ni memang layak menang.. terharu dgn azam yg telah dibuat.. tahniah :)

My Blog List