AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 18 December 2011

Contest & Giveaway Ibu SIhat Anak Riang

Klik banner untuk sertai.

Banner penaja:

     Amira Studio


Entri Saat Keriangan Anak:
Jom Ke Pantai


Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke pantai menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.


Pokok di sana dahannya patah
Pokok bernama si pokok petai
Keriangan anak-anak pelbagai telatah 
Teruja sakan bermain di pantai.


Di atas pohon si sarang tempua
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Inilah aktiviti buat semua
Anak-anak dan ibubapa terlibat bersama.

Saat cuti sekolah merupakan satu saat yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anakku. Ketika ini mulalah mereka merencanakan pelbagai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang cuti sekolah sampai kami sebagai ibu bapa pening untuk menapis dan meluluskan segala permintaan mereka.

Tatkala musim cuti sekolah tiba, inilah antara perkara wajib yang akan anak-anakku senaraikan iaitu mandi di pantai.  Apabila sudah berada di pantai, pasti pelbagai macam aktiviti yang akan mereka lakukan. Lihat sahajalah gambar-gambar di bawah. Wajah-wajah ceria mereka sudah jelas menunjukkan kegembiraan dan keseronokan apabila dapat bermain di pantai sepuas-puasnya.

Kami




Bila sudah berada di pantai, tidak sah kalau anak-anakku ini tidak bermain dengan pasir. Pelbagai bentuk istana yang akan dibina oleh mereka. Mereka tiga beradik akan bekerjasama antara satu sama lain dan kebiasaannya si kakak akan menjadi arkiteknya manakala si adik-adiknya pula akan mengutip kulit kerang, ranting kayu atau apa sahaja yang boleh dijadikan aksesori bagi binaan istana pasir mereka. 

Ketika ini aku dan suami hanya melihat telatah mereka dengan senyuman dan membantu sekiranya perlu. Pelbagai aksi dan ragam yang kami saksikan, kadangkala bergaduh pun ada maklumlah si kakak nak bina bentuk begini manakala si adik pula nak bentuk begini, akhirnya masing-masing buat bentuk masing-masing...hehe.

♥♥Mereka saling bekerjasama♥♥




Akhirnya inilah hasilnya... Ultraman kata anakku..:)

Apabila sudah puas bermain dan badan pun dah penuh dengan pasir, kini tibalah saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu acara mandi manda. Anak-anakku ini kalau bab mandi pantai berjam-jam lamanya pun tak kisah, kadangkala puas aku memujuk mereka untuk naik ke darat. Bukan setakat si anak-anak sahaja yang liat nak naik ke darat malah si abahnya pun turut sama liat.




"Jom naik ke darat".. kata si abah.
Setelah selesai mandi pantai, perut pasti lapar. Bekal yang dibawa sudah tersedia untuk dijamu. Anak-anak pun sudah mula menunjukkan kepenatan kerana terlalu puas bermain dan berhibur.



Alangkah seronoknya hati kami sebagai ibubapa apabila melihat anak-anak gembira. Inilah antara pengalaman yang paling bermakna buat mereka. Mereka sama-sama membina istana pasir dan ini secara tidak langsung mengasah daya imaginasi dan kreativiti mereka, mereka juga belajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Selain daripada itu hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan lagi.

Anak ceria ibubapa pun gembira. Aktiviti di pantai yang menceriakan semua, menghilangkan tekanan buat seketika dan yang pasti ianya sangat menghiburkan terutama buat anak-anakku.

Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..


Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada

telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal

bicaramu mendamai perasaan yang hiba

Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.

Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.


Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio


 Saya berminat untuk memiliki buku  Sehari Dalam Hidupku  dari FB Islamic Books for Kids sekiranya terpiliih sebagai pemenang.
(ameeeennnnn)


4 comments:

Unknown said...

bestnya tgk telatah anak2 main & mandi dipantai.. anak2 dah besar sikit seronok jer tgk pantai.. anak2 kakyong kecik lagi, ade yg takut dgn air laut.. :)

terima kasih yer berkongsi.. menarik..

Nida said...

anak-anak bila dah besar memang mudah sedikit nak gerak.. tapi bila part gaduh pun boleh tahan juga..hehe

Ummi Hanie said...

salam kak nida ...

cntik gambo2 ...

mmg best bercanda2 di tepi pantai ;)

gudluck ;)

Unknown said...

salam nida,


sila baca n3 ini utnuk penilaian contest...
http://ibualiya.blogspot.com/2012/02/cadangan-penilaian-untuk-contest-ibu.html

n3 nida akan UP di blog kakyong pada 6 mar 2012.. tolong beri izin copy ya.,, hanya utk tujuan penilaian & perkongsian rakan blog.

terima kasih.

My Blog List