AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Saturday 24 December 2011

Contest Hari Jadi Cda

Klik banner untuk sertai.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)


KHAS BUAT CDA


Bismillah Kak Nida mulakan
Selamat Hari Lahir Kak Nida ucapkan
Dilimpahkan rezeki dan umur berpanjangan
Dalam beribadat kepada Tuhan..:)

Andai dugaan datang menerpa
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Moga tercapai segala cecita
Terus melangkah janganlah jemu..:)

Doa Kak Nida agar dirimu berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Moga keceriaan sentiasa berkekalan
Moga rezeki dan rahmat berpanjangan..:)





"Bukan sedikit halangan kau tempuh,

dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,

bukan sedikit keringat yang tumpah,

dalam menabur bakti dan jasa,

bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..


Kelahiranmu...

menggendong bersama amanah yang pasti,

yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka wahai membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.

Selamat ulangtahun ikhlas dariku,
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah,
moga kebahagiaan menjadi milikmu,
lestari berzaman kekal abadi.."




 Akhir sekali ucapan dari Kak Nida selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 buat Cda, semoga berjaya hidup di dunia dan di akhirat dan senantiasa dalam lindungan Ilahi..ameeeeennn, Insya Allah.

1 comment:

ShidaShahidah said...

Wahhhh .. sronok bace !! hehee .. thanks kak .. ^_-

My Blog List