AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 8 December 2011

Contest " I Love Flower" by hazanis

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

Bunga dan wanita memang ibarat lagu dan irama. Tidak boleh terpisah lantaran kecantikan bunga itu melambangkan fitrah wanita yang suka pada kecantikan dan keindahan. Begitu jugalah dengan diriku yang suka pada kecantikan bunga. Maka memang wajib bagiku bila terjumpa bunga mesti nak bergambar dengannya. 

Lihatlah sebahagian koleksi gambar aku dan bunga serta gambar bunga hasil dari kamera burukku ini... layaaaaannnnn
(p/s: ucualong merujuk kepada ucu=suami (anak bongsu) dan along=diriku (anak sulung) ).



Keharumannya menusuk sukma, baunya menawan hati.. bak haruman lavender yang menyegarkan. Antara koleksi gambar aku bersama bunga-bunga yang sedang mekar lagi nan harum.. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi.









Bersama anak-anak kesayangan, kami merakam detik kenangan bersama bunga-bunga yang cantik.







Inilah antara koleksi gambar bunga yang aku paling sayang kerana ia adalah hasil dari kerja tanganku dengan menggunakan lensa makro dan kamera Nikon.







Sekian sahaja entriku ini
Bertemakan bunga gambar kuberi
Moga memikat hatimu juri
Hadiah menarik kini diimpi.
ameeeeeeeennn



Tag:

1 comment:

hazanis said...

amboiii sedapnya pantun..hehehe

semua cantik-cantik.....:)

thnks sis join contest nie.....btw gud luck dan salam perkenalan..:)

My Blog List