Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://deyawanny.blogspot.com/
PENAJA:
1.Heder by http://yasmin-stry.blogspot.com
2.Cursor by http://iffahfakhira.blogspot.com/
3.Topup Rm 30 dari http://www.miecyber.com
5. 3 Shawl dari http://chentanurulmlk.blogspot.com/
6.2 header GIF dari http://bloggerhaniada.blogspot.com
7. 2 X rm10 topup dari http://juliajamaludin.blogspot.com
8.2 X Header dari MUNA RAHIMAH
9. 2 headerdari http://sya-kpop.blogspot.com
10.Kain Pasang dari http://sweetbeecouture.blogspot.com
11.3 X header dari http://nik-secrets.blogspot.com
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)
Sudah agak lama Kak Nida berblogging. Kak Nida mula berblogging sejak dari tahun 2008. Telah Kak Nida jumpa ramai kenalan alam maya. Namun walaupun dah bertambah rakan-rakan blog, hanya segelintir sahaja yang Kak Nida tahu serba sedikit latar belakangnya. Kak Nida ucapkan tahniah buat Wanny atas inisiatif mengadakan kontes ini. Moga-moga usaha ini dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kita.. Insya Allah.
Baiklah tanpa berlengah masa lagi, Kak Nida sertakan serba sedikit tentang diri akak ye....
Namaku Hasnidar ayahanda berikan
Seorang yang ceria dan suka berkenalan
11 tahun usia perkahwinan
Seorang ibu buat keluarga kesayangan.
Insan biasa yang penuh cecita
Seorang hamba buat yang Esa
Moga impian menjadi nyata
Agar harapan dicapai hendaknya.
Dibidang sukan ku aktif juga
Namun tidak selincah waktu mudaku
Dunia berpantun sekadar suka-suka
Memperjuangkan kembali khazah Melayu.
Kak Nida sertakan sekali soalan-soalan dari akak khas buat Wanny. Memandangkan Kak Nida merupakan seorang guru, jadi mungkin soalan yang akak tanyakan ini banyak berkisarkan dunia pelajar. Sekadar ingin mendapat gambaran kasar dari Wanny.
Sekian sahaja dari Kak Nida. Doa Kak Nida moga ukhuwah yang terbina ini terus harum kekal mewangi.. Insya Allah.
Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Hadiah menarik menawan hati
Moga berjaya daku miliki...
ameeeeeeennn
Tag:
2 comments:
1.kedah
2.suka sangt sejarah,bm,agama,arab
3.bg wanny,,wanny suke ckgu yg sporting bila bsembang dgn plajarnya dn tegas pabila menegur kesalahan
4.banyak cita2 wani antaranya ckgu,pnsyarh,lawyer n novelist..x tawu nk ambik mana..hehe..keliru untill now.
5.Belajar bersungguh-sungguh..
6.suka makan nasi goreng/char koey teoe.bhun greng..suka minum horlick ais,dn teh ais
7.Dengan arus modenisasi sekarang,wanny perhatikan memang banyak remaja d luar sana yg mudah terjebak dn tpgaruhi dengan gjala2 negatif yg datang dr luar.Apatah lagi,dunia sekarang semakin menuju ke arah modenisasi,,wlaupun wani sendiri adalah sorang remaja..tp alhamdulillah wani masih mgekalkan adat ketimuran kita dn insyallah tdk akn tpedaya dgn anasir luar..hehe..sori pnjang plak..
8.Dalam negara sebab dekat dengan mak dn ayah..sng kalau de pape tjadi..lgpun blajar kat luar tu bnyak dugaanya..
9.klau dulu math n sains..but now,.science wanny dpt B..but math..hehe..xpayah bgtaula.huhu.math tu susah brbndg sain..formulanya pnjg.
10.Baca buku novel..sbb dapat bnyak ayat gramatis dlm sebuah buku..boleh buat karangan..tanpa novel tiadalah A dalam BM/essay in BI
oo... barulah Kak Nida tahu, ingatkan Wani orang Melaka..hehe.
Kak Nida pun suka baca novel.. tapi bila dah beranak pinak ni, minat dah beralih arah..:)
Post a Comment