AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 26 December 2011

Contest The Most Creative Review by Ezzattie Ezzat


Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh  http://missezzat.blogspot.com/

Assalamualaikum pembuka kata
Buat semua para pembaca
Entri ku gubah khas buat Zatie di sana
Ayuh semua sertai bersama.
 
 
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Klik di sini untuk lihat peraturan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Zatie berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan




Contest The Most Creative Review by Ezzattie Ezzat


31 Disember 2011



Hadiah?

Pemenang utama : 1 kotak VCO Softgel Capsule yang berharga RM39.90 + 1 Shawl + 2 Ribbon Brooches + 1 Hadiah Misteri
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyXYRx4xIUnARvRPXw7YnOxobdtITIkwneA8WTE0CGY-Q6UvbtkixZZqJcBnEZBdCp15dZJoVPXwpIzZsgGXBVfYyR-_9o15_Cg03mwV0OmQQ2Pc8GnTPly4i85VQveYbG-ZOKrssLL4A/s1600/present.jpg
Pemenang kedua : 1 Shawl + 1 Ribbon brooches + 1 Hadiah Misteri 



Pemenang Ketiga : 1 Ribbon Brooches + 1 Hadiah Misteri 

5 Saguhati (Lucky Draw) : Hadiah Misteri 

Hadiah misteri? 





Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Zatie pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya..

 Di  http://missezzat.blogspot.com/2  menjadi diarinya
Suka duka menjadi catatannya
Pelbagai rentetan menjadi ceritanya
Untuk berkongsi buat pembaca semua.



Zatie empunya gerangan
Orangnya manis semangatnya tinggi
Seorang pelajar yang punya keazaman
Moga tercapai segala yang diimpi.

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)





Merekalah keluarga sentiasa di sisi
Pemberi semangat setiap masa
Merekalah penawar pada gundahnya hati
Menghiasi hariku dengan indahnya warna.


Keluarga ibarat mutiara segala
Doa dari mereka diperlu sentiasa
Nasihat ibubapa amat berguna
Sebagai azimat dan juga petua.





Di http://missezzat.blogspot.com/2 pelbagai cerita
Tips juga diselit tak lupa
Khas buat para pembaca
Pelbagai informasi dikongsi bersama.








Pelbagai pilihan barangan yang ada
Di Zatie Catalyst eShop ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Melihat barangan yang berkhasiat belaka.

Siapa melihat pasti tertawan
Lantaran harganya sungguh mengujakan
Tua, muda boleh menggunakan
Kesihatan badan menjadi keutamaan..:)

Banyak lagi barang jualannya
Selain produk Catalyst pelbagai yang ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)



Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali contoh yang ada
Tapi banyak lagi pilihan di mata
Ini cuma sebahagian sahaja
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan pelbagai yang ada
Sungguh berkualiti tidak terkata
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Busana wanita turut tersedia
Pelbagai rekaan dan juga warna
Sangat cantik apabila digaya
Harga juga berpatutan pastinya
Kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya
Di http://alicewardrobe2u.blogspot.com/ juga tempat jualannya...











Produk Catalyst dan barangan kesihatan
Pelbagai manfaat dan juga kebaikan
Pelbagai peringkat usia boleh menggunakan
Kusertakan sekali antara pilihan
Agar semua boleh buat tindakan
Untuk membeli pelbagai barangan.






*Klik play untuk melihat barangan produk Catalyst*





Ku sertakan sekali bagaimana cara
Untuk membuat tempahan dan pembelian
Mudah-mudahan membantu hendaknya
Dalam mengiklankan produk barangan.

Bagi mereka yang ingin bertanya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai cara untuk hubunginya
Melalui emel atau terus sms padanya.



 Bila sudah  cari yang berkenan
Pertanyaan juga sudah diusulkan
Langkah seterusnya membuat pembayaran
Agar dapat barangan yang dihajatkan
Melalui internet pun dah boleh buat bayaran
Mudah, senang dan menjimatkan
Klik sahaja produk yang berkenan
Sambil mencari info barangan
Bila sudah ditetapkan keputusan
Bayaran online boleh dilakukan
Namun andai tiada talian internet dibekalkan
Ke bank atau ke mesin ATM juga boleh berurusan.


Paling penting ialah pengeposan
Perlu selamat sampai ke tuan
Jangan risau dan juga rawan
Menggunakan Pos Laju ia dihantarkan.



Caj pengeposan ku selitkan juga
Sebagai hebahan buat semua
Hari pengeposan juga tak lupa
Agar perancangan rapi hendaknya
Buat pelanggan moga bersedia
Agar jelas duduk perkara
Moga ianya membantu hendaknya
Dalam promosikan perniagaan Cik Zatie kita.



Di sini contoh borang tempahan 
Buat pelanggan untuk diisikan
Apalagi janganlah ketinggalan
Ke  http://zatiecatalyst.blogspot.com/  sila-silakan



Andai semua nak mencuci mata
Silalah "add friend" di FB  miliknya
Zatie pasti berlapang dada
Menerima pelanggan dengan hati terbuka.






Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai


Sekian sahaja entriku ini
Buat Zatie ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)


Tag:



No comments:

My Blog List