AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 27 December 2011

Contest : My Picture Very Awesome by BlogBiruLangit

Klik banner untuk sertai.

Contest ini dianjurkan oleh Che Azza yang merupakan seorang yang meminati warna biru langit. Jadi puaslah Kak Nida menggodek gambar yang telah Kak Nida snap yang ada gambar langit yang biru, manalah tahu mudah-mudahan juri terpaut dengan gambar yang dipertaruhkan... ameeeeeennn.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

PERATURAN
1. Warganegara Malaysia (memudahkan penghantaran Hadiah),
2. Lelaki atau Perempuan sahaja boleh join,
3. Haruslah mempunyai blog yg cntik,
4. Gambar haruslah ASLI (tidak menciplak dari sesiapa)
Cara Nak Join
1. Follow blog Azza, (wajib)
2. Like FanPage Azza di FB >Klik Sini<, (wajib)
3. Buat satu entry bertajuk " Contest : My Picture Very Awesome by BlogBiruLangit", (wajib)
4. Dalam entry tersebut letakkan banner kat atas tu & linkkan ke contest nie,
5. Letakkan gambar yang PALING AWESOME; 1 shj; klo lebih anda tak diterima,
6. Tag 2 orang blogger & pastikan mereka tahu ; mlalui cbox/komen or etc, (wajib)
7. Letakkan link entry (bukan link blog) di kotak komen entry nie,
8. Klik iklan Churp-churp Azza; klo korang nak hadiah yang paling awesome jgak,
9. Bagitahu : Blog Azza berat atau ringan. (paling wajib)



Gambar yang diambil oleh tanganku sendiri menggunakan kamera burukku.. dan inilah hasilnya. Lautan yang sedang surut airnya, diserikan dengan langit yang membiru.


Gambar wajah-wajah kesayanganku, Anis si kecil kami dan suamiku. Antara gambar yang aku paling suka kerana aku berjaya "freeze the moment", lihatlah pada kaki mereka, kedua-duanya tidak jejak ke bumi... very awesome!!!!

Mereka berdua memang sangat akrab, ketika gambar ini diambil mereka saling berlumba lari ditepi pantai dan pemenangnya ialah siapa yang sampai kepadaku dahulu.


Mereka sehati sejiwa
Punya Banyak persamaan
Punya hati yang mengikat
Punya kasih yang bertaut
Punya pertalian perasaan
Merekalah insan ku sayang
Cinta isteri buat suaminya
Kasih ibu buat anaknya...


PANDANGAN
Kak Nida rasa loading blog Azza agak sedikit berat, kerana agak lambat untuk Kak Nida skrol ke bawah.



Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Gambar awesome kini ku beri
Harap-harap menawan juri..
ameeeeennnn

Tag:


No comments:

My Blog List