AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 13 December 2011

Free Hot Ticket Maxis Giveaway

Giveaway ini dianjurkan oleh http://aziazidah.blogspot.com/ sempena bulan hari ulang tahunnya.
Klik sini untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)



Cara-cara untuk menyertai :

  • Terbuka kepada semua Follower atau Bukan Followerblog ni.
  • Buat satu entry di blog anda dengan tajuk  'Free Hot Ticket Maxis Giveaway'.
  • Linkkan entry tersebut ke entry ini.
  • Tinggalkan link entry dan email anda di ruangan komen entry ini.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember 2011.


Kelahiranmu ...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

1 comment:

Ruse Sulaiman said...

tinggal 2 hari je lagi nak tamat :(

My Blog List