AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 1 December 2011

GA Rush Hour

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://cariwriter.blogspot.com/

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

Kanak-kanak memang tak pandai menipu. Setiap aksi yang dilakukan adalah sangat jujur dan spontan, dan mereka tidak hipokrit. Jadi bersempena dengan tema aksi spontan bagi pertandingan ini, aku mempertaruhkan gambar aksi spontan dari anak-anak saudaraku yang sempat kurakamkan... 



Nama anak saudara: Aiman Hakim dan Nur Aleesya
Umur: Aiman (1 tahun 2 bulan) Aleesya (9 bulan)

Gambar spontan kini ku beri
Kisah si kecil lucu di hati
Penuh perasaan mencium di pipi
Si jejaka takut seram sekali.

Aksinya jujur tanpa disuruh
Orang melihat ketawa tak berhenti
Suasana sepi bertukar riuh
Melihat gelagat anak kecil ini.

Dua wajah yang sangat comel. Mereka adalah anak kepada adik-adikku. Lihatlah muka si Aleesya tu, siap penuh penghayatan mencium si Aiman...hahahahaha. Paling tak tahan dengan reaksi mata terpejam pulak tu, yang kesiannya si Aiman ler, tak sanggup dicium oleh awek cun... tu yang muka nak nangis tu..hehe. Kelakar dan sungguh lucu gambar aksi spontan mereka ini... dua orang sepupu yang kadang-kadang bercakaran, dan adakala bila baik, baik sesangat... :)



Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap gambar menawan juri
Moga impian menjadi realiti.



Tag:





No comments:

My Blog List