AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 1 December 2011

Giveaway by Fiqa

Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

Hadiah menarik menjadi rebutan
Sungguh menarik buatku tertawan
Mudah-mudahan beroleh kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh mengujakan..:)

Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu hadiah-hadiahnya buat semua teruja
Terlalu menarik menawan sukma
Moga-moga ada rezekikulah hendaknya
Untuk miliki hadiah yang sungguh menggoda jiwa..:)

Sebabnya ialah......



Inilah sebab inilah alasan
Mengapa giveaway Fiqa Kak Nida sertai
Bersama rakan menjalin ikatan
Hadiah menarik juga diimpi.



Salam perkenalan KaK Nida hulurkan 
Buat Fiqa manis senyuman
Ukhuwah terbina terjalin hubungan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.

Di SMK Ayer Baloi tempat pengajian
2.1.1997 tarikh kelahiran
Teruskan melangkah dalam perjuangan
Moga tercapai segala yang dicitakan.

Menjadi photographer hajat di hati
Moga impian menjadi realiti
Usaha dan doa perlu diiringi
Tekun belajar paling penting sekali.


Kak Nida selitkan juga mutiara kata
Buat Fiqa untuk hayati
Dalam asyik mengejar cecita
Pasti banyak halangan menanti.


Lagu ini Kak Nida sertakan
Moga membangkitkan semangat motivasi
Sudilah kiranya Fiqa dengarkan
Sebagai halwa telinga untuk didengari.

Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Moga ukhuwah ini berpanjangan..:)

Tag:



No comments:

My Blog List