AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 28 December 2011

mimik MOMOK contest by CIMOT


Klik banner untuk sertai.

MIMIK MOMOKKU

Dalam Beg Ini Ada Bau Kentut
Gambar yang dirakam oleh anak sulungku. Terguling-guling anakku itu mentertawakan aksi ibunya ini.....hehe. Alkisahnya aku sekadar nak buat lawak "Nak tahu tak dalam beg ni ada bau kentut akak (anak sulungku)" kataku padanya. Kemudian aku pun buatlah mimik muka begitu, dan tak sangka anakku itu snap gambar ibunya ini. Mula-mula ingatkan dia main-main, bila ditunjukkan gambar ini padaku, sakit perut aku ketawa terbahak-bahak. Tapi bagus juga dia snap gambarku yang entah apa-apa ni, boleh juga aku masuk pertandingan ini..hehe.

Inilah wajahku yang sengal dan hodoh
Juling mataku nampak macam hantu
Puas anakku tergelak gamatnya sungguh
Melihat ibunya buat mimik macam tu..:)


Bagi mereka yang ingin sertai, jomlah sementara masih ada masa. Lagipun hadiahnya menarik tau.. rugi tak sertai. Jom layan hadiahnya...

HADIAH
3 pemenang akan mendapat TOPAP RM10 + special design stickers setiap seorang
OR
OR
tapi bergantung juga. sekiranya ada yang nak jadi sponsor, maka hadiah akan bertambah dan peluang nak tambah pemenang pon akan menjadi lebih cerah. jeng jeng jeng. jangan malu jangan segan kalo sesape yang dah berniat nak jadi sponsor ke. acewahhhhh.

UPDATE!!!
new sponsor!!

3 pemenenag bertuah akan dapat satu sticker ada muke sendiri yang akan di design oleh yousof

dan 

5 pemenang saguhati akan dapat satu sticker comel lote mcam ni



2 comments:

cimOt said...

cayalaaaa..ibu nida sporting gila!!siyes gambar tu mmg awesome!!menepati kriteria..

ok thanx for joining and all the best..

emmm..missing one thing..tag 2 orang ye and make sure they know..

Nida said...

hehe.... thanks sudi jengah..

ok kak nida dah tag.. sori lupa :)

My Blog List