AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 6 December 2011

Pines Fun, Fearless, Fabulous Contest


Klik banner untuk sertai.
Join NOW! Cuma perlu:
1. Jadi follower / like
2. Copy gambar / like dan share post
Dianjurkan oleh http://ralphpines.blogspot.com/

Assalamuaikum pembuka kata
Salam perkenalan buat houseofpines   di sana
Ku gubah entri ku edit pun jua
Buat tatapan    tentunya
Buat rakan dan sahabat semua
Ayuhlah memeriahkan pertandingan yang ada
Pasti  houseofpines  akan gembira
Melihat kenalan bertambah adanya
Bisnes juga maju hendaknya
Pelanggan bertambah untung dikira
Apalagi wahai rakanku semua
Cepat bertindak sementara masih ada masa.




Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
  pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...




Hadiahnya merupakan:
1. Miley Cyrus Galaxy Blouse (Cabutan pertama)

2. Paul Smith T-Shirt (Cabutan ke 2)

3. Ana Lulu Checkered Lace Blouse (Cabutan Ke 3)

4. Rose by S.T. Dupont EDP 30ml (cabutan ke 4)








Perfume dan fesyen barangan jualan
Harga menguntungkan buat pelanggan
Pelbagai barangan pelbagai pilihan
Ke http://ralphpines.blogspot.com/ sila-silakan





Ayuh kita berkenalan dengannya
Alamat perniagaan turut disediakannya
Waktu operasi memudahkan semua
Untuk berurusan dan juga menghubunginya.





Pelbagai tips dan juga petua
Buat semua para pembaca
Kisah kecantikan buat semua
Berita fesyen turut diselitkannya.




Minyak wangi antara barang yang dijualnya
Harga menjimatkan buat semua teruja
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata.





Paling teruja lagi mengujakan
"Sale" bulan Disember kini berjalan
Apalagi semua jangan ketinggalan
Sehingga 31 Disember untuk buat tindakan.





Bagi pelanggan yang ingin buat tempahan
Bagaimana cara turut ku sertakan
Cara pembayaran turut diselitkan
Moga-moga membantu memudahkan.





Cara penghantaran turut kusediakan
Agar pelanggan dapat buat persiapan
Untuk membayar kos penghantaran
Juga tahu bagaimana ia dihantarkan.





Ada juga hadiah istimewa
Bersama baju kini digaya
Gambar di hantar kepada emailnya
Juga pelbagai diskaun menanti pelanggannya.





Bagi mereka yang ingin menjamu mata
Di FB juga boleh berkenalan dengannya
Klik "like" sahaja FB miliknya
Penganjur di sana menunggu setia.





Ku sertakan sekali info FBnya
Moga-moga membantu hendaknya
Buat bacaan pembaca pastinya
Dalam mempromosikan perniagaan miliknya





Andai semua nak menjamu mata
Ku sertakan contoh barangan yang ada
Namun ini sebahagian sahaja
Kerana banyak lagi pilihan yang ada.










Produk dan kecantikan menjadi jualan
Berasaskan nanas dan herba ia diadunkan
Pasti selamat apabila menggunakan
Suci dan bersih untuk kegunaan.


Pelbagai manfaat pelbagai kegunaan
Tua dan muda boleh menggunakan
Kepuasan pelanggan itulah keutamaan
Apalagi semua ayuhlah mendapatkan


Kusertakan juga contoh barangan
Penuh khasiat untuk kesihatan
Juga kecantikan tidak dilupakan
1001 manfaat dan harganya juga berpatutan.




Bagi mereka yang ingin membeli
Ayuh semua kliklah di sini
Pasti semua tertarik hati
Melihat kelebihan dan khasiatnya tersendiri.

GALLERI HOUSE OF PINES & PRIMA PINES


GALLERI 2


INTERVIEW OLEH RTM

Interview oleh RTM

LAWATAN MENTERI KE KILANG

Lawatan Menteri ke Kilang



Bukan sekadar barangan dewasa
Untuk si kecil tidak dilupa
Di http://pinesjunior.blogspot.com/ pelbagai yang ada
Rambang mata untuk memilihnya.


Si kecil pasti comel bergaya
Memakai baju dari http://pinesjunior.blogspot.com/ tentunya
Barangan berkualiti berpatutan harganya
Si anak riang ibu pun gembira.







Sudahkan semua tertawan hati
Pelbagai barangan  perlu dibeli
Banyak lagi pilihan menanti
Semua cantik tidak terperi
Harga juga memikat sanubari
Produk kesihatan untuk setiap hari
Produk kecantikan perhatian perlu diberi
Apalagi ayuh kita pergi
Di  tidak rugi membeli.






Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai


Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)


Sampai di sini entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan.

Tag:

No comments:

My Blog List