AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 26 December 2011

RAFHANAH'S YEAR END GIVEAWAY!

Photobucket
Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Klik di sini untuk lihat peraturan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap penganjur berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan




RAFHANAH'S YEAR END GIVEAWAY!


31 Disember 2011


HADIAH :-

hadiah berbentuk sehelai shawl & sebentuk/satu set brooch buat setiap pemenang!

(**Hadiah mungkin akan berubah tanpa sebarang notis bergantung kepada jumlah penyertaan & budi bicara penganjur serta pihak penaja.Harap maklum.)



Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Rafhanah Blogshop pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...


Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di Rafhanah Blogshop ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka...:)

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan menjadi tatapan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Pelbagai perkhidmatan turut disediakan..:)

Banyak lagi barang jualannya
Semuanya cantik menggoda jiwa
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)

OKTOBER 2011


*klik pada perkataan di atas untuk melihat produk barangan*


Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali link yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...


Ini sekadar sebahagian sahaja
Banyak lagi di depan mata
Kalau tak percaya ayuh semua
Ke Rafhanah Blogshop ayuh segera!



Ayuh kita berkenalan dengannya
Tuan punya blog Rafhanah tentunya
Moga-moga membantu hendaknya
Dalam membantu memajukan perniagaannya.


Maklumat perniagaan turut kuselitkan
Buat semua para pelanggan
Agar dapat buat perancangan
Ke Rafhanah Blogshop sila-silakan.


Maklumat pembayaran buat bacaan
Agar jelas urusan perniagaan
Agar mudah untuk buat tindakan
Agar lancar urusan pembelian.


Syarat dan peraturan perlu ditetapkan
Diharapkan tiada sebarang kesulitan
Agar jelas segala pertanyaan
Berbelanja di Rafhanah Blogshop jangan ketinggalan.



Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)



No comments:

My Blog List